Versi Search, Wings

Judul Album: Terunggul Double Trouble
Artis: Search dan Wings
Konsep Muzik: Rock
Terbitan: Sony Music Entertainment Malaysia Sdn. Bhd.

KOMEN: Album ini tidak menampilkan lagu-lagu Search dan Wings semata-mata. Sebaliknya, mereka turut merakamkan semula lagu-lagu pop yeh-yeh yang popular pada tahun 1960-an. Contohnya lagu Suratku Untuk Mu yang pernah dipopularkan oleh J. Sham. Search mengubah rentak lagu itu lebih rock dan rancak. Gaya suara vokalisnya, Amy juga masih dikekalkan sama seperti dia menyanyikan lagu-lagu Search. Wings tidak ketinggalan menyanyikan semula lagu Sweet Charity bertajuk Terharu yang dinyanyikan Mus dalam gayanya sendiri. Biarpun membawakan lagu-lagu yang asalnya berkonsepkan pop yeh-yeh dan pop rock tetapi dua kumpulan itu tidak lari daripada konsep muzik rock yang biasa mereka ketengahkan termasuklah corak muzik dan gaya penyampaiannya. Terdapat 20 lagu dalam dua cakera padat yang juga memuatkan lagu-lagu popular dua grup terbabit. Lagu-lagu lain yang diselitkan antaranya berjudul Balada Pemuzik Jalanan (Search) dan Blues Ular Sawa (Wings). Tiada lagu baru atau pembaharuan sama ada daripada segi muzik dan gaya penyampaian vokal dalam lagu-lagu yang mereka ketengahkan kecuali lagu-lagu popular masing-masing.

Bintang: ***






0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top