Fasha Sandha digossipkan telah bernikah di Thailand dan dikatakan sedang merancang majlis perkahwinannya yang dijadualkan berlangsung pada penghujung Mac depan di Hotel Mulya, Jakarta.

Namun Fasha Sandha hanya menafikan gosip pernikahannya di Thailand dan tidak memberikan sebarang jawapan untuk majlis perkahwinan di Jakarta.

Fasha Sandha

"Saya belum berkahwin. Saya masih single lagi. Itu jawapan saya. Mengenai perkahwinan di Thailand, sudah tentu ia sesuatu yang tidak benar. Mengenai perkara yang lain, saya masih belum boleh mengeluarkan sebarang kenyataan. Masih terlalu awal untuk diperkatakan. Saya memang telah bersedia untuk berkahwin cuma masih belum tiba masanya untuk saya berkongsi cerita tersebut dengan peminat"
Namun demikian Fasha Sandha tidak akan mengadakan sidang media untuk mengumumkan berita gembira itu sebaliknya hanya akan mengumumkannya menerusi wakil organisasi media yang paling rapat dengannya.

Apa-apa pun, semoga tahun ini beri sinar yang gemilang buat Fasha Sandha!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top