Neelofa (Noor Neelofa Mohd Noor) akui menerima tawaran yg berbaloi sebagai duta produk Avon dgn kontrak selama setahun.

Neelofa bersyukur dgn kepercayaan yg diberikan bagi mempromosikan produk tersebut dan gembira kerana meletakkan namanya sebaris dengan artis ternama lain seperti Wardina, Rozita Che Wan dan Fazura yang pernah menjadi duta Avon.

"Alhamdulillah, saya telah menandatangani kontrak pada bulan Disember lalu dan ia akan dilancarkan pada 18 Januari ini.

Menerusi tanggungjawabnya sebagai duta barangan kosmetik Avon, Neelofa ingin mengubah persepsi golongan remaja yang menganggap produk tersebut hanya digunakan untuk golongan dewasa sahaja.

"Saya enggan menjadi duta sesebuah produk tanpa sebarang hasil. Justeru, perkara pertama yang akan dilakukan ialah, menarik minat pembeli di kalangan remaja seperti saya.

"Mereka selalu menganggap Avon hanya untuk wanita matang tetapi sebenarnya tidak. Ia amat sesuai dengan wajah muda mereka.

"Dalam pada itu, saya juga mahu menggalakkan remaja mengenakan solekan setiap kali keluar rumah agar wajah mereka tidak kelihatan comot. Solekan nipis seperti mengenakan maskara dan pemerah pipi pun sudah memadai," ujarnya.

Gambar Neelofa (Noor Neelofa Mohd Noor)

Pelakon ini juga menegaskan bahawa golongan muda tidak perlu memakai solekan yang tebal seperti yang dilihatnya pada masa kini kerana bimbang wajah mereka akan terjejas.

Sementara itu, Neelofa bersyukur, tahun 2012 bakal menemukan para penonton dengan hasil kerja lakonannya menerusi filem "Azura 2012"; "Lemak Kampung Santan"; "Taiko" dan "SAM".

"Kini, saya perlu menunggu reaksi peminat bagi filem "Azura 2012" pula. InsyaAllah, mereka akan menerima lakonan saya itu dengan baik," katanya yang bakal memulakan penggambaran drama arahan Erma Fatima, Dejavu Di Kinabalu tidak lama lagi.

Tahniah Neelofa atas permulaan cemerlang tahun baru 2012!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top