Seekers kali ini tampil penuh kejutan, seram dan suspens dengan pelbagai perkara aneh yang terpaksa dilalui oleh tiga pengacara tersebut untuk mencari jawapan kepada misteri paranormal yang ditampilkan.
“Saya pasti penonton berminat melihat sesuatu yang jarang boleh ditemui terutama apabila berjaya dirakam secara visual ataupun bunyi.Inilah kelainan yang kami cuba sampaikan melalui rancangan ini iaitu sejauh mana perkara paranormal boleh diterima akal atau mungkin kami boleh membuktikan sesuatu di sebalik semua peristiwa aneh," kata Aeizul, penerbit Seekers.
Program Seekers ke-6 turut dilengkapi dengan teknologi terkini seperti kamera infra merah, alat pandangan malam, pengesan bunyi dan haba sensitif, medan pengesan elektronik serta lampu suluh.
Bagi musim ini, kru dan ahli penyiasat Seekers akan ke Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan bagi membongkar beberapa lagi aktiviti paranormal sepanjang 19 episod ia disiarkan.
Bukan itu sahaja, selebriti tempatan seperti Black (Mentor), Danny (X-Factor), Kanchana Devi, Belle Ngasri, Hamdan dan ramai lagi turut bersama penyiasat Seekers untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan dan mencabar perasaan takut dalam diri mereka masing-masing.
Sebelum menyelongkar misteri di lokasi yang mereka singgah, Bil Azali, Syai dan Ixora Chern akan melakukan kajian dengan menemu bual saksi di tempat kejadian yang dikatakan aneh.
Mereka juga akan mengumpul data-data yang boleh dikaitkan dengan peristiwa ganjil itu sebelum membuat persediaan dan berjaga malam untuk cuba berhubung dengan sebarang kebarangkalian aktiviti paranormal.
Rancangan itu juga akan lebih interaktif dengan memberi peluang kepada para penonton untuk berkomunikasi menerusi ruang forum dengan cara berkongsi pengalaman masing-masing, bercerita tentang lokasi mistik yang mereka ketahui selain memberi maklum balas mengenai rancangan tersebut.
Jom kita tgk Seekers musim terbaru! Pasti ada sesuatu!
0 ulasan:
Catat Ulasan