Nak pergi ujibakat Mentor 6? Nak jadi penyanyi dan masuk program realiti? Berita baik bagi anda.

Uji bakat Mentor 6 akan bermula di Sabah dan Sarawak iaitu pada tarikh 13 Januari 2012 di Hotel Promenade, Tawau dan 15 Januari (Hotel Promenade, Kota Kinabalu), 20 Januari (Hotel Imperial, Miri) serta 22 Januari di Hotel merdeka Palace, Kuching.

Pada bulan Februari pula, uji bakat bersama setiap mentor akan diadakan di Sri Pentas TV3 membabitkan Ogy pada 4 Februari disusuli Faizal Tahir (5 Februari), Ramlah Ram (11 Februari), Ferhad (12 Februari), Ella (18 Februari) serta Adam AF (19 Februari).

Mentor 6

APA KATA ADAM

“Saya mencari seorang yang pandai menari dan menyanyi. Kerana misi saya adalah untuk mencari pelapis-seseorang yang boleh menjadi seperti saya. Sekaligus dapat meneruskan apa yang saya perjuangkan selama ini iaitu genre Pop dance. Tak kisah lelaki atau perempuan. Tapi saya prefer lelaki. Dia mestilah mempunyai disiplin yang tinggi” – Adam (AF)

APA KATA OGY

“Akak tak kisah dik, lelaki ok. Perempuan pun ok. Akak mencari seorang yang boleh bermain alat muzik dan lagi bagus kalau dia pandai membaca notasi muzik. Seorang yang sukakan cabaran. Tak mahu klon mana-mana penyanyi. Seorang yang menpunyai mental dan fizikal yang kuat. Kesungguhan yang tinggi. Dan… boleh menyanyikan lagu wajib “Macarthur’s Park oleh Richard Harris, dengan baik”, – Kak Ogy

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top