Imam Muda Mohd Taufek Mohd Noh dan sahabatnya yang juga naib juara Imam Muda musim pertama, Hizbur Rahman Omar Zuhdi, baru saja menghasilkan album nasyid yang berjudul Cahaya Atas Cahaya.

Menurut Taufek, dia sudah lama mengidam untuk menghasilkan album nasyid namun waktu itu agak sukar untuk menggapai impiannya itu.

“Segalanya yang saya impikan tercapai selepas menyertai Imam Muda. Saya sangat bertuah dapat menyertainya kerana segalanya kini berubah. Untungnya saya mempunyai kenalan dalam dunia seni ini dan kebetulan baru-baru ini saya berjumpa dengan abang Ito Lara.

“Saya menyuarakan keinginan untuk membuat album nasyid dengan mengajak rakan Imam Muda yang lain turut sama terutamanya Nuri dan Ashraf. Tetapi Nuri kini menetap semula di Pahang dan Ashraf pula selalu sibuk, jadi akhirnya hanya saya dan Hizbur saja.

“Apabila saya berjumpa Abang Ito Lara dan bercerita dengannya, rupanya dia pun mempunyai hasrat yang sama. Menerusi syarikat abang Ito Lara sendiri, Wahyu Suci Productions, maka hasil kerjasama kami lahirlah album ini. Ia sudah pun berada di pasaran,” katanya.

Empat belas lagu yang dimuatkan dalam album itu, Zikir Munajat 1 - Astaghfirullah, Assalamualaik, Cahaya Atas Cahaya, Zikir Munajat 11 - Thubna Ilallah, Salami Salami, Marhaban, Tolaal Baru A’laina, Zikir Munajat 111 - Laisalaha, Maulaya, Zikir Munajat 1V- Hasbi Rabbi, Selawat Badriyah, Doa Rasulullah dan Berendoi Nasihat.

Taufek juga dalam proses belajar menjadi penyampai radio sebagai persediaan untuk muncul di radio milik Jakim iaitu Salam fm.

“Untuk permulaan ini saya banyak belajar dengan abang Pian (anggota kumpulan nasyid Saujana) yang kini menjadi DJ radio IKIMfm,” katanya.


CAHAYA ATAS CAHAYA - IMAM MUDA TAUFEK & HIZBUR
TERBITAN : WAHYU SUCI PRODUCTIONS
PRICE : RM19.90

01. Zikir Munajat 1 - Astaghfirullah, 02. Assalamualaik, 03. Hadis
04. Cahaya Atas Cahaya, 05. Zikir Munajat 2 - Thubna Ilallah
06. Salami Salam, 07. Marhaban, 08. Tholaal Badru A'laina
09. Zikir Munajat 3 - Laisalaha, 10. Maulaya
11. Zikir Munajat 4 - Hasbi Rabbi, 12. Selawat Badriyah
13. Doa Rasulullah, 14. Berendoi Nasihat

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top