TRIVIA SYAFIE
Mohd Syafie Naswip

Mohd Syafie Naswip

Syafie hanya menggunakan motosikal saja untuk ke mana-mana termasuk hadir ke Balai Berita untuk sesi fotografi.

Sekarang Syafie sedang sibuk mempersiapkan diri bagi menempuh peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dalam aliran Sastera di sebuah sekolah menengah di Gombak Setia.

Jika tiada rezeki dalam dunia lakonan, Syafie ingin menjadi seorang ahli perniagaan. Kerana itu juga dia sedang memperlengkapkan diri dengan pengetahuan perniagaan.

Syafie juga adalah Pengerusi Kelab Teater di sekolahnya dan pernah membintangi beberapa pementasan termasuk P Ramlee The Musical.

Ketika merangkul anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Anugerah Skrin 2007 menerusi drama Ilham Suci, Syafie sebenarnya menewaskan ramai pelakon senior termasuk Rosyam Nor, Rusdi Ramli, Nasir Bilal Khan dan Norman Hakim.

Syafie juga ingin melakonkan peranan lelaki ‘psiko’.

1 ulasan:

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top