Sinopsis Satu Malam Perawan

Aisyah dan teman baiknya, Mira (Erin Malik) telah diculik dan dijual kepada Mummy Nora dan akhirnya dilacurkan dalam usia yang begitu muda iaitu dalam usia belasan tahun. Mira telah terbunuh setelah dirogol berkali-kali oleh 2 orang lelaki semasa dalam tahanan. Mayatnya dicampak ke dalam tong sampah besar di bawah jejambat. Seorang lelaki jalanan akhirnya menemui mayat Mira.

Ibu bapa Aisyah pula hampir gila setelah kehilangan anak kesayangan mereka apatah lagi mendengar khabar buruk tentang kematian Mira. Saban hari mereka bersolat hajat memohon Aisyah dipulangkan kepada mereka samada jasad atau mayat.

Walaupun tersiksa, Aisyah tidak pernah berhenti berdoa dan berusaha untuk melarikan diri. Aisyah telah dijual dan dijadikan pelacur perawan oleh Mummy (Sheila Rusly) dan terpaksa melayan pelbagai karenah lelaki hidung belang.

Semasa dalam tahanan, Aisyah dijaga rapi oleh Badang. Dalam diam-diam, Badang berasa simpati pada Aisyah namun terpaksa menyingkir perasaan kasih dan kasihan itu kerana tugasnya.

Walaupun Badang mengawal ketat Aisyah, tetapi semangat Aisyah untuk melarikan diri mengatasi segalanya. Suatu malam, Aisyah dibawa ke sebuah hotel mewah untuk dilacurkan kepada Mat Salleh. Badang memberi amaran kepada Aisyah bahawa polisi Mummy sekiranya pelacur cuba melarikan diri, mereka akan ditembak sampai mati.

Namun, Aisyah tetap cuba melarikan diri. Malang sekali kelibatnya menyelusup keluar dapat dikesan Badang. Badang memanggil Aisyah tetapi tidak dihiraukan. Dengan hati yang berat, Badang akhirnya terpaksa menembak Aisyah. Kerana rasa berdosa,Badang menembak dirinya sendiri setelah Aisyah maut didepan mata. Pihak sekuriti hotel akhirnya menemui 2 jasad yang berlumuran darah. Berakhirlah penderitaan seorang pelacur perawan dan diiringi dengan tangisan ibu bapa Aisyah yang terlalu sedih dengan nasib yang menimpa anaknya.

Satu Malam Perawan telah disiarkan pada 26 Januari 2012 (Khamis),9:00 malam di Astro Ria

Promo Video Satu Malam Perawan

3 ulasan:

  1. cite nie mnakutkanlh

    BalasPadam
  2. Apakah telefilem ni kisah sebenar?jika benar bila kes ini berlaku?lakonan Diana amat berkesan,tersentuh jiwa..kasihan sungguh basib mereka dan lain2 yg terbabit.

    BalasPadam
  3. kalaulah aku tgk citer ni!!!

    BalasPadam

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top