Sepasang suami isteri menanggung hutang hampir RM1 juta dan diisytiharkan muflis kerana mendakwa diperdaya seorang penyanyi terkenal.

Abang Yusuf Abang Daud, 36, yang juga bekas vokalis kumpulan Baji dan isterinya, Noor Maszura Abu Bakar, 30, mendakwa mereka hidup tertekan selepas diisytiharkan muflis pada 2008 disebabkan penyanyi terbabit gagal menjelaskan pelbagai jenis pinjaman bank berjumlah RM929,503.

Noor Maszura berkata, semuanya bermula apabila dia dan suaminya dilantik oleh penyanyi terbabit sebagai pengarah syarikat rakaman miliknya pada Disember 2002.


“Bukan mahu mengaibkan dia, tetapi perbuatannya yang tidak bertanggungjawab menyebabkan kami sekeluarga hidup sengsara sejak lapan tahun lalu. Rupa-rupanya dia mempergunakan kami berdua untuk dia membuat pelbagai pinjaman bank dan kami diarahkan menjadi penjamin dengan alasan kami pengarah syarikat,” katanya ditemui selepas membuat aduan kepada Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat.

Menurutnya, pada 2003 penyanyi terbabit membeli sebuah Mercedes Benz berharga lebih RM400,000 diikuti kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima pada tahun sama.



Siapakah penyanyi tersebut tidak pula dinyatakan dalam keratan akhbar. Mungkin selepas ini kita akan tahu...

Pengajaran: berhati-hati le kalau jadi penjamin. hutang orang terpaksa kita tanggung...

2 ulasan:

  1. baca link ni untuk kisah selanjutnya....

    http://myartismelayu.net/index.php?action=printpage;topic=31759.0

    BalasPadam
  2. sedihnya bila dgr kawan2 jadi cam nie.. tak pe kak teruskan berjuang jangan mengalah biar panas bontot si HATAN tue... kitorg kat ofis nie beri sokongan penuh kat akk zura SO KEPADA SESIAPA YANG PENAH KENA TIPU DGN SI HATAN NIE.. JANGAN BERDIAM DIRI LAGI.. TUNJUNKAN KEPADA 1 MALAYSIA SIAPA SI HATAN YANG SEBENARNYA..

    BalasPadam

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top