Deejay radio dan pengacara, Reza Mohamed akhirnya mengambil keputusan untuk berhenti rehat menjelang 2012.

Walaubagaimanapun keputusan yang diambil itu, bukanlah untuk berehat semata-mata, tetapi untuk memberi laluan kepada peluang perniagaan yang baru diceburinya iaitu studio tarian miliknya, Patung Studio yang terletak di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Selangor.

"Saya sudah mula tidak ke udara di segmen Petang di Era sejak awal Disember lalu. Sebenarnya saya sudah lama terfikir untuk berehat, tetapi kali ini saya tidak berfikir panjang walaupun sepatutnya kontrak saya tamat pada Ogos tahun ini.

"Saya tiada masalah apa-apa pun dengan pihak pengerusan Era. Cuma saya terasa selama saya bersama Era pun saya banyak melakukan kerja-kerja lain seperti memenuhi undangan menjadi pengacara majlis dan hos bagi sesebuah program.

"Jadi masa saya sangat terhad. Tambahan pula saya baru sahaja membuka Patung Studio selepas Hari Raya Puasa yang lalu.

"Jadi demi untuk menjaga kualiti kerja, saya mengambil keputusan untuk berhenti rehat dan mengorbankan kerjaya penyampai radio untuk seketika sehingga perniagaan saya stabil," katanya yang ditemui selepas sidang media Pilih Kasih 3, petang semalam.

Mula beroperasi dari jam 10 pagi hingga 10 malam, Reza akui masanya kini lebih banyak dihabiskan di studio jika tidak memenuhi undangan pengacara majlis atau sebagainya.

"Pada awalnya, rasa janggal juga bila sudah tidak berada di dalam konti untuk ke udara seperti dulu. Tetapi lama kelamaan, saya sudah terbiasa dan seronok pula. Malah, kini saya rasa masa saya lebih terisi apabila waktu saya bermula dari awal pagi hingga malam.

"Dalam studio saya ini terdapat beberapa kelas tarian yang akan diajar oleh penari-penari yang berpengalaman.

Reza Mohamed

"Kelas tarian yang diadakan sangat menarik kerana saya menyediakan kelas tarian daripada tradisional sehinggalah tarian moden.

"Sesuai untuk golongan anak-anak kecil hinggalah orang dewasa," tambahnya lagi.

Selain sibuk dengan studio tarian miliknya sendiri, Reza memberitahu kerjayanya sebagai pengacara atau hos program akan terus berkembang kerana bakal mengendalikan dua program hiburan iaitu Pilih Kasih 3 dan Propaganza.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top