Pelakon jelita, Siti Saleha berlakon dalam filem baru bertajuk Pak Pung. Filem Pak Pung adalah penampilan pertamanya berlakon di bawah arahan sulung Fauzi Nawawi. Siti turut bergandingan bersama hero muda kian meningkat, Hairul Azreen. Filem ini turut dibintangi ramai pelakon berpengalaman seperti Datuk Eizlan Yusof, Saiful Apek, Amber Chia, Marsha Londoh, Lisdawati, Zulkifli Ismail dan Fauzi sendiri.

“Bagi saya, Pak Pung satu filem ‘cool’. Ia mengenai dunia persilatan Melayu dan alam fantasi mengenai kehidupan orang bunian.Menariknya, filem ini mengubah karakter saya yang lemah-lembut kepada seorang yang perlu bersilat dan bagi saya, ia sukar kerana pergerakan menguji kelasakan diri.Memang sukar kerana fizikal saya kelihatan kurang sesuai tetapi saya tetap cekal dengan cabaran baru. Lagipun, aksi insan bunian dengan gerak silat mampu beri impak tambahan. Apapun, seni silat juga memberi pengalaman baru memandangkan genre kali ini adalah filem. Bukan saja mengukuhkan sifat dalaman diri tetapi menyesuaikan diri dengan cabaran baru datang setiap hari dan berlainan,” katanya.

Dalam filem Pak Pung terbitan 9 Country Creativity Sdn Bhd, Siti memegang watak sebagai Putri Serapik, iaitu anak kepada penghulu bunian lakonan Eizlan.

Pelakon cantik Siti Saleha

“Kebetulan saya, tidak pernah berlakon bersama Eizlan dalam mana-mana drama.
Bukan itu saja kehadiran pelakon baru seperti pelakon Ponti Anak Remaja, Hairul Azreen kali pertama diketengahkan sebagai hero utama dalam filem ini.

“Dengan penggambaran sedang berjalan sekarang, saya harap memberikan lakonan terbaik.

“Paling penting bekerjasama dan menimba ilmu bersama ramai pelakon berpengalaman ditonjolkan dalam Pak Pung,” katanya.

Filem Pak Pung dijangka ditayangkan di pawagam pada Mac 2013.

Tentu cantik penampilan Siti Saleha sebagai gadis bunian dalam filem fantasi Pak Pung ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top