Anugerah Juara Lagu (AJL) sememangnya menjadi majlis yang paling dinantikan baik dari kalangan selebriti sendiri mahupun peminat yang akan menonton dari ruang tamu rumah sendiri. Di sini disenaraikan beberapa trivia Anugerah Juara Lagu dan AJL26.

Trivia Anugerah Juara Lagu 26  (AJL26)

Trivia Anugerah Juara Lagu (AJL)

Lagu Awan Nano nyanyian Hafiz dan ciptaan M.Nasir memenangi Anugerah Juara Lagu 26.

Jumlah penonton pada siaran langsung AJL dua tahun lalu mencatat jumlah penonton tertinggi sebanyak 4.6 juta orang.

AJL sekali lagi adakan di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur yang mana seramai 8,500 penonton akan berpeluang untuk menyaksikan secara langsung.

Sesi latihan bersama barisan pemuzik dan orkestra akan mula dilakukan hari ini (25 Januari) sebelum latihan vokal dan kamera setiap hari selepas itu hingga menjelang hari keramat pada 29 Januari 2011.

Setiap penyanyi diberi kebebasan menterjemah kreativiti bagi menguatkan lagi bentuk persembahan masing-masing namun tidak kesemuanya berjaya direalisasikan oleh pihak penganjur, TV3.

AJL26 menyaksikan gandingan Faizal Ismail (FBI) dengan Cheryl Samad sebagai hos.

Penyanyi terkenal seperti Awie, Jamal Abdilah dan Datuk Sheila Majid akan menyemarakkan persembahan pembuka tirai AJL26 manakala segmen interlude pula menampilkan gandingan tiga penyanyi muda yang kini hangat menempa nama - Black, Azlan The Typewriter dan Hazama.

Celcom adalah penaja rasmi AJL26 selain Silkygirl selaku penaja bersama, Hot FM selaku radio rasmi dan Bentley Music sebagai penaja lokasi sidang media.

Anugerah ‘Juara Mobile’ diperkenalkan untuk mengiktiraf lagu yang mendapat muat turun Nada Dering Pemanggil (Call-Me-Tones) terbanyak melalui The Cube oleh Celcom, menawarkan kandungan hiburan digital masa kini yang penuh dengan pelbagai kandungan tempatan mahupun antarabangsa yang mudah diakses melalui telefon mudah alih.

Ikuti detik-detik persiapan AJL26 dan kemeriahan roadshow AJL26 menerusi program ‘Debaran AJL’ yang bersiaran pada 28 Januari 2012, jam 5.00 petang yang dihoskan oleh Ally Iskandar.

Hadiah Juara Lagu Ke-26 (Trofi dan wang tunai RM35,000), Naib Juara (Trofi dan RM15,000), Ketiga (Trofi dan RM12,000), Persembahan Terbaik (Trofi dan RM10,000) dan Vokal Terbaik (Trofi dan RM10,000).

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top