Melalui Twitter, ada khabar sedih iaitu penyanyi Izwan Pilus telah meninggal dunia kerana jangkitan kuman. Perkhabaran ini secara tiba-tiba kerana tidak ada berita yang melaporkan arwah sedang sakit dan sebagainya.

Izwan Pilus

Dikatakan Izwan Pilus menghembus nafas terakhir pada jam 6.15 petang tadi (20 Januari 2012) di Hospital Ampang akibat jangkitan kuman dalam darah.

Perkhabaran ini juga telah dikhabarkan oleh adik allahyarham Aril AF di twitter miliknya.

Twitter Aznil Nawawi menyebut
Kita kehilangan Izwan Pilus yang telah kembali ke Rahmatullah. Semoga Tuhan mencucuri rahmat atas rohnya. Semoga Aril dan keluarga tenang. Al-Fatihah



Allahyarham Izwan Pilus lahir pada 24 November 1979. Jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan di kampung halamannya di Melaka.

Salam takziah buat Aril dan keluarga. Semoga tabah.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top