Program Istimewa Tahun Baru Cina 2012

RTM menerusi TVi (Saluran 180 Astro) menghidangkan program hiburan, bual bicara dan telefilem untuk tontonan penonton pada sambutan Tahun Baru Cina (TBC) ini.

Bermula jam 9.30 malam ini, TVi menyiarkan Ping! dan dua telefilem yang bertajuk Tanglung Bulan Semalam untuk siaran 23 Januari, jam 12 tengah hari dan Biar Waktu Menjemputmu pada 28 Januari, jam 12 tengah hari. Anda juga turut diajak berhibur menerusi Muzikal Dragon Variety Show pada 6 Februari, jam 3 petang.

PING! menampilkan segmen bual bicara yang membincangkan topik hiburan semasa tempatan. Selain itu terdapat juga segmen persembahan daripada artis popular tanah air dan segmen gameshow bersama penonton.

Program ini mengetengahkan Ninie Ibrahim dan Sonic Hussein sebagai pengacara.

Sempena meraikan TBC ini juga, program itu membincangkan topik segar, Hala Tuju Artis Cina dengan menjemput Prema Yin (penyanyi), Angelina Tan (pelakon/pelawak), Wilson Tan (model) dan Winnie Kok (penyanyi) sebagai tetamu undangan.

Minggu seterusnya mengisi program sama, PING! akan mengutarakan topik Filem Cina di Malaysia yang �mengundang Josh Lai (penyanyi/pelakon/model), Daniel Lee (penyanyi), Nancie Foo (penerbit drama) dan Hao Ren (penyanyi) bersama-sama mengupas topik menarik ini.

Telefilem Tanglung Bulan Semalam pula menyaksikan konflik yang wujud antara Madam Su dan Razlan apabila anak perempuan Madam Su yang berbangsa Cina jatuh cinta terhadap Razlan yang berbangsa Melayu. Adakah hubungan mereka direstui Madam Su? Ia dibintangi Adeline Tsen, Mandy Chong, Kenji Sawahii, Nadia Mustafa, Kalpana Devi dan Jay Iswazir.

Biar Waktu Menjemputmu lakonan Soosan Hoh, Memey Suhaiza, Norisz Ismail dan Marlin Malalin pula menceritakan kisah 20 tahun lalu seorang bayi perempuan yang berketurunan Cina diserahkan kepada keluarga Melayu di sebuah perkampungan nelayan. Adakah anak tersebut bertemu kembali dengan ibu bapa kandungnya?

Berhibur juga dengan rancangan muzikal khas TBC (Chap Goh Meh), Muzikal Dragon Variety Show yang berkonsepkan pertandingan kumpulan di mana ahli kumpulan bersatu dan bekerjasama mengharungi cabaran yang diatur seperti masakan TBC, hiasan untuk hidangan TBC, nyanyian untuk lagu TBC dan pengetahuan tentang tradisi.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top