Jasmin Hamid menolak untuk menjawab pertanyaan status perkahwinannya dengan bekas suami, Ian Rashid Macquistan, 38, walaupun timbul pelbagai versi gosip tentang mereka.

Terbaru, pasangan itu dikatakan sudah berbaik semula apabila melihat Ian Rashid membawa makanan untuk Jasmin ketika di set penggambaran. Kelakuan mereka yang sangat romantik dan mesra itu menimbulkan tanda tanya, benarkah Jasmin sudah kembali ke pangkuan Ian Rashid?

“Maaf, saya tak akan buka mulut soal personal termasuk rumah tangga saya,” ringkas Jasmin secara berhemah menempis gosip tersebut.

Jasmin Hamid

Ditanya mengapa dia berteka-teki dan berterusan menyembunyikan perkara tersebut, ada senyuman terpalit di wajah jelita pelakon yang berasal dari Kuala Lumpur ini.

“Saya tak akan bercerita lagi soal (perkahwinan) itu secara terang-terangan, tidak mengiyakan atau menafikan. Biarlah ia menjadi tanda tanya sebab soal jodoh berada di luar lingkungan saya.

“Saya tak nak berbohong. Orang cakap, artis itu milik sepenuhnya masyarakat, tapi tak bermakna saya sewenang-wenangnya berkongsi soal peribadi kepada orang ramai.

“Saya tak mahu ‘jual’ cerita peribadi lagi. Lebih baik kalau kita henti bercerita soal lepas sebab benda itu merugikan bila mana kita berterusan mengungkit cerita lama.

“Kesan perbuatan itu tak baik bukan saja buat artis itu, malah kepada masyarakat. Mencerminkan betapa rendahnya moral penggiat industri seni kita,”

Sebelum ini, media melaporkan kes perceraian Jasmin dengan Ian Rashid yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 4 Februari 2008.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 15 Disember 2000 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Ian Haziq. Jasmin juga mempunyai dua orang anak angkat iaitu Rohana dan Luqman Hakim yang dibela sejak wanita itu berusia 20 tahun.

Mengulas tentang pendirian pelakon teater Badai Semalam ini berhubung soal peribadi yang dikunci selamanya, Jasmin ada pandangan tersendiri.

“Saya hanya sedia bercerita (tentang personal) bila semuanya benar-benar jelas. Memang ada yang nak tahu siapa teman lelaki saya, bila nak kembali berumah tangga, tapi memang saya tak ada jawapan untuk semua itu.

“Buat apa nak canang benda yang tak ada faedah. Asalkan saya bahagia dengan kehidupan saya, itu yang lebih penting, bukan?” soalnya kembali.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top