Jaclyn Victor telah memilih untuk bernaung di bawah KRU Music bagi mengembangkan bakatnya di dalam arena muzik tanah air. Majlis menandatangani kontrak di antara Jaclyn dan KC Ismail selaku Timbalan Presiden, KRU Music selamat disempurnakan baru-baru ini.


KRU Music sememangnya sudah lama mengikuti perjalanan karier seni Jaclyn Victor. Kemantapan dan keunikan vokal yang beliau miliki tidak pernah menghampakan tatkala menghiburkan peminat-peminat setianya.

Sebagai permulaan, Jac bakal tampil dengan single terbaru berjudul Sebelah Jiwaku hasil ciptaan Edry Abdul Halim dan bakal dilancarkan pada bulan Februari akan datang.

Sebelah Jiwaku menceritakan kekuatan yang terdapat pada seorang wanita untuk meneruskan kehidupan setelah gagal di alam pencintaan.

Semoga karier Jac akan terus mekar bersama pengurusan baru ini.

1 ulasan:

  1. My relatives every time say that I am killing my time here at web, but
    I know I am getting experience all the time by reading thes nice
    posts.
    http://www.srbionline.com/?L=blogs.blog&article=7000
    Feel free to surf my weblog yachtcharter sneek

    BalasPadam

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top