Dua selebriti popular Taylor Swift dan Zac Afron digossipkan sedang menjalinkan hubungan cinta.

Pasangan ini juga telah dilihat mesra saat menikmati makan malam di sebuah restoran Itali, Los Angeles, malah mereka menaiki kereta Zac bersama-sama.


Sepanjang makan malam bersama, bekas kekasih Vanessa Hudgens itu melayan Taylor dengan penuh santun dan mereka tampak seperti baru sahaja memulakan perhubungan cinta itu.

Bintang High School Musical ini pernah menyatakan Taylor seorang wanita cantik dan manis manakala Taylor pula mengatakan Zac seorang lelaki yang luar biasa.

Bagaimanapun, terdapat sumber lain mengatakan Taylor dan Zac masih lagi berkawan seperti biasa.

"Sebenarnya Zac dan Taylor sudah lama berkawan dan pada hari mereka menikmati makan malam bersama, kedua-duanya telah melakukan aktiviti beriadah.

"Walaupun saling memuji antara satu sama lain, mereka bukanlah satu pasangan yang serasi," ujar sumber berkenaan.

Taylor Swift terdahulu pernah menjalin hubungan dengan bintang Twilight, Taylor Lautner dan beberapa aktor kacak yang lain.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top