hanya Yuna seorang sahaja komposer yang bertanding untuk lebih dari sebuah pencalonan dalam Anugerah Juara Lagu 26 (AJL26) . Yuna tampil dengan 2 buah lagu hasil gubahan serta lirik oleh beliau sendiri iaitu Gadis Semasa dan Penakut. Jelas sekali kehadiran Yuna dalam industri muzik tempatan khususnya malam AJL 26 nanti tidak boleh dipandang enteng oleh 10 finalis yang lain.

Umum mengetahui tentang kontroversi pada Anugerah Industri Muzik ke-18 yang berlangsung pada 12 November lalu. Penarikan trofi ‘Lagu Terbaik’ yang dinobatkan pada lagu Penakut sebelum ini sedikit pun tidak menafikan kehebatan lagu ini apabila dicalonkan sebagai finalis pada AJL26. Ternyata lagu Penakut mempunyai nyawa atau auranya yang tersendiri.


Melodi dan lirik yang ditulis oleh Yuna merupakan sesuatu yang segar bagi genre muzik pop/balada yang sedia ada dalam industri muzik tempatan ketika ini. Yuna berjaya membawakan elemen unik dalam kedua-dua lagu beliau yang bakal dipersembahkan nanti. Gaya nyanyian beliau juga sangat berbeza dengan penyanyi-penyanyi wanita lebih bernuansa arus perdana yang diketengahkan oleh kebanyakan syarikat rakaman selama ini.

Gadis Semasa dan Penakut secara dasarnya mengisahkan tentang kisah cinta yang sebenarnya agak biasa. Cuma apa yang berbeza adalah cara Yuna mengolah lirik beliau agar selari dan indah apabila diletakkan pada nota muzik atau melodi lagu yang beliau cipta.

Komposer dan penyanyi muda yang sedang sibuk mencipta nama di Amerika Syarikat ini pastinya mengharapkan sesuatu pada malam AJL nanti. Bagi peminat Yuna, apa yang diharapkan pada malam AJL 26 nanti adalah suatu persembahan yang tersendiri serta unik. Ini kerana umum mengetahui tahap kreativiti Yuna dalam menampilkan kelainan sebagaimana yang pernah beliau tonjolkan pada malam AJL ke 24 yang lalu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top