Ana Raffali bakal bernikah Februari

Ana Raffali dilaporkan akan melangsungkan pernikahan pada 25 Februari hadapan dengan pemuda pilihannya, Aznaim Abdullah, 30.

Menurut portal Gua, Ana Raffali tidak menafikan akan melangsungkan pernikahan pada Februari ini, tetapi tidak mahu mengumumkan tarikh sebenar kerana ingin mengadakan sidang media pada Selasa hadapan.

“Memang Ana akan berkahwin pada Februari ini, tetapi Ana tak mahu umumkan tarikh sebenar. Tunggulah pengumuman rasmi pada minggu hadapan. Majlis pernikahan akan diadakan di Masjid Al Hidayah, Taman Melawati . Sebelum bernikah, kami akan adakan majlis pertunangan terlebih dahulu untuk mengikut adat. Kami buat majlis tunang dan nikah pada hari yang sama kerana hendak memudahkan kedua-dua pihak. Selepas akad nikah, majlis resepsi akan diadakan di perkarangan masjid bagi menjamu tetamu yang hadir. Tiada majlis resepsi lain selepas itu,” ujar Ana.

Ana Raffali dan Naim
Ana juga mengakui yang dia kini sedang sibuk membuat persiapan untuk majlis perkahwinannnya itu.

“Sekarang ini Ana tengah buat hantaran untuk diberikan kepada pihak lelaki. Selain itu Ana juga sudah memilih perancang perkahwinan dan pereka fesyen untuk majlis itu nanti. Tapi, biarlah nama mereka ini Ana umumkan minggu hadapan. Takut nanti ada pihak yang berkecil hati kalau Ana ceritakan semuanya di sini. Lagipun, Ana hendak menjaga hati keluarga kedua-dua belah pihak,” ujar Ana lagi.

Sementara itu, Ana juga tidak menolak apabila diminta mengulas tentang jejaka pilihannya hatinya itu. Menurut Ana, dia terpikat kepada Aznaim atau Naim kerana lelaki itu seorang penyabar, memahami dan berpandangan kreatif.

“Jika semuanya berjalan lancar, Ana akan memperkenalkan single terbaru pada hari pernikahan nanti. Single berjudul ‘Sampai Bila’ itu Ana tujukan istimewa untuk Naim dan ia mengisahkan percintaan kami. Berkemungkinan besar Ana akan nyanyikan lagu itu juga.”

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top