Sinopsis drama Bukan Aku

Kisah Bukan Aku bermula apabila Hamdan meinggal dunia akibat serangan jantung dan telah memberikan tekanan kepada Zainun kerana telah diamanahkan untuk menguruskan dan menggendali syarikat miliknya.

Walaupun terpelajar, Zainun telah meninggalkan kerjayanya selepas berkahwin dengan suaminya dan menjadi suri rumah sepenuh masa telah menyebabkan dirinya keberatan untuk menerima amanah arwah suaminya.

Daripada situ timbul pelbagai konflik yang mewarnai plot drama hasil tulisan Mazelan Manan ini menjadikan ia drama bersiri yang menarik untuk ditonton.

Sinopsis drama Bukan Aku

Info Drama Bukan Aku

Drama Bukan Aku disiarkan menerusi slot Bidadari bermula 26 Januari ini setiap Isnin hingga Khamis pukul 11.30 pagi di TV1 Drama arahan Hafiez Othman ini menyingkap suka-duka Zainun (Rosnah) yang terpaksa menguruskan syarikat Kumpulan Usahajaya Sdn Bhd selain terpaksa melalu pelbagai rintangan sebagai ibu tunggal dan ahli perniagaan.

Selain Rosnah drama ini turut dilakonkan oleh Hairee Othman, Aliza Rafar, Shafiq Isam, Akma Abdullah, Noris Ali dan Shajiry.

Pelakon Rosnah Johari memberi lakonan berkesan apabila memegang watak seorang ibu tunggal yang terpaksa memikul tanggungjawab besar selepas kematian suaminya menerusi drama Bukan Aku ini.

6 ulasan:

  1. sapa tahu lagu tema citer ini . ?

    BalasPadam
  2. boleh tahu tajuk lagu tema citer ni ap?

    BalasPadam
  3. boleh tahu tak drama nie ada bape episod eh sumenya?
    lagi satu, xde ulangan ke atau kat youtube by episode..kadang2 terlepas nak tengok..

    BalasPadam
  4. Lagu tema : Siapa di hatimu - erry putra & shajiry...
    btol tu, xda ulangan ke??? kdang2 terlepas nak tengok

    BalasPadam
  5. sedih la pla citer nie dah habis..tak sangka pla hbs bila alisya dpt bertunang dengan iman...egat kan ada lg..beria la tggu ari isnin semalam...
    nway, citer nie memang best..xthu nape, tp saya suke..

    BalasPadam
  6. Saya x dan tengok...best ke citer ni??

    BalasPadam

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top