Seorang lagi artis baru yang akan sama-sama memeriahkan industri seni Malaysia, Diandra Arjunaidi kini semakin rancak mencipta namanya sendiri. Dengan menandatagani kontrak sebagai artis bagi Yuna Rooms Record, Diandra kini sudah tampil dengan album yang pertama yang bertajuk Diandra Arjunaidi.


Gadis yang berasal dari Kuala Lumpur ini amat menggemari muzik dan darah seni yang sememangnya mengalir di dalam tubuhnya ini menyatakan bahawa ruang yang ada buat dirinya ini dipertaruhkan dengan albumnya yang pertama. Album sulung yang menampilkan tujuh buah lagu yang dicipta oleh Diandra sendiri ini merupakan sebuah album pengenalan buat peminat muzik yang belum pernah mengenali Diandra Arjunaidi.

Diandra Arjunaidi

Jika anda pernah mendengarkan lagu Angkasa, maka anda sudah pasti akan mengenali suaranya bukan? Diandra, bakat nyanyiannya berkaitan langsung dengan seorang anak seni yang giat menjalankan aktiviti seni, Reza Salleh ini sudah mula menyanyi seawal usia remaja lagi. Cuma, baru-baru ini setelah dilamar oleh Yuna Room Records, barulah Diandra aktif mencipta nama di arus perdana.

Angkasa, taruhan single Melayu pertamanya ini merupakan salah satu lagi hit yang sedang dimainkan di radio tempatan dan semakin rancak memanjat tangga carta. Lagunya yang mengisahkan tentang cinta, harapan dan juga impian seorang gadis ini amat diminati ramai kerana liriknya yang mudah untuk dihafal.

Suara merdu Diandra juga menjadikan setiap lagu yang dinyanyikannya kedengaran enak untuk didengar. Walaupun ada yang menyamakan nyanyiannya dan gayanya dengan Yuna, namun apabila anda mendengar lagu-lagu yang terkandung di dalam album ini, pasti akan ada pendapat yang lain. Enam buah lagu Inggeris, gadis yang mempunyai citarasa yang tersendiri di dalam bidang muzik ini pastinya membuatkan anda dibuai perasaan dengan iramanya yang berentak perlahan. Namun ada juga yang rancak, cuma tidak keterlaluan rancaknya. Cukup untuk anda nikmati dengan penuh keasyikan.

Things We Don’t Say merupakan salah satu taruhan utama Diandra untuk menempah namanya di dalam industri seni tanah air. Lagunya ringan dan juga melodi yang senang untuk didengari ini memberikan satu kenyataan khas di dalam lagu-lagu Diandra. Santai dan bersahaja. Namun tidak kurang pula rasa originaliti dalam setiap bait lirik dan juga alunan melodinya.

Antara lagu-lagu lain yang akan membantu anda mengenali muzik Diandra adalah seperti Untitled, Remember, White Lines, You dan juga lagu rancak dan sememangnya riang gembira iaitu lagu Happy. Jangan lupa dapatkan album ini yang sudah pun berada di pasaran.

Ulasan Liza Ramli

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top