Mizz Nina dan Iz Sulaini akan menghadiri acara gilang-gemilang Anugerah Grammy ke 54 yang akan diadakan di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) pada 12 Februari 2012.

Kehadiran Mizz Nina dan Iz Sulaini mempunyai tanggungjawab tersendiri bagi menyerlah diri masing-masing ketika berada di acara yang sangat dinanti-nantikan oleh sekalian pengamal muzik global itu.

Kunjungan Mizz Nina ke sana akan dirakamkan oleh syarikat penerbitannya itu untuk dijadikan sebuah program khas yang akan ditayangkan di Astro Ria tidak lama lagi.

Kata Jojo lagi, Mizz Nina akan terlibat dengan sesi temuramah di ruangan khas untuk barisan artis yang terlibat sempena anugerah berkenaan.

Dikesempatan itu juga, pihaknya akan berusaha sedaya upaya untuk merakamkan detik istimewa itu sebagai tontonan para peminat pelantun suara What You Waiting For itu di Malaysia.

Malah Jojo turut berkata, selain Mizz Nina, syarikat produksinya juga sekali lagi akan merakamkan rentetan pengalaman Yuna sepanjang penyanyi berkenaan berada di rumah keduanya itu pada Februari nanti.

Tambah Jojo lagi, tidak seperti Mizz Nina, Yuna bagaimanapun tidak akan terlibat dengan sebarang aktiviti sepanjang berlangsungnya Anugerah Grammy.

Sementara itu, Iz Sulaini ketika ditemui portal murai.com.my berkata, dia akan berada di AS selama tiga bulan dan dikesempatan itu akan digunakan bagi memperkenalkan muziknya selain sebagai satu cara mendekatkan diri dengan pasaran muzik di sana.

"Salah satu agenda sempena kunjungan saya ke LA ialah menghadiri Anugerah Grammy . Untuk tujuan itu saya sudahpun menyiapkan beberapa single terbaru dan akan tampil dengan imej tersendiri ketika menghadiri majlis berprestij berkenaan.


"Saya mahu membanggakan rakyat Malaysia, bahawa anak tempatan juga mampu mencipta nama di sana. Oleh kerana itu juga saya telah membuat beberapa persiapan supaya kehadiran saya ke sana tidak sia-sia begitu saja," katanya.

Selain terlibat dengan Anugerah Grammy dan mempromosikan beberapa single terbarunya, Iz Sulaini akan turut diberi kesempatan membuat persembahan dalam sebuah acara khas anjuran majalah Vanity Fair, di sana.

Berkemungkinan besar juga, kunjungan Iz di sana akan turut dirakamkan syarikat produksi Jojo untuk diselitkan dalam satu program terbitannya itu bersama Mizz Nina mahupun Yuna.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top