Roslin bernikah di Thailand berikutan kes perbicaraan belum selesai

Roslin Hashim, bekas jaguh badminton negara, telah mengesahkan beliau kini berkahwin kali ketiga tahun 2011 yg lalu.

Namun Roslin tidak mahu mendedahkan identiti isteri barunya.

“Ya, saya memang sudah bernikah, tetapi saya tidak boleh cakap banyak sebab nak menjaga perasaan keluarga pihak sebelah lagi (isterinya),” katanya.

Difahamkan majlis pernikahan berlangsung di Thailand Disember lalu yang hanya dihadiri pasangan terbabit dan ibu bapa pengantin perempuan.

Mereka dikatakan melangsungkan pernikahan di luar negara berikutan kes Roslin masih dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah.


Walaupun ahli sukan popular di arena hiburan itu cuba menyembunyikan identiti isteri barunya, tetapi difahamkan gadis lingkungan 20-an itu dikenali sebagai Ayu.

Malah, walaupun belum bercadang memperkenalkan suri hatinya dalam waktu terdekat, pasangan terbabit dilaporkan bakal mengadakan majlis kenduri pada 27 Januari ini di lokasi masih dirahsiakan.

Isterinya itu bukan di kalangan individu dikenali ramai, namun sebelum ini dikatakan pernah menjalin hubungan cinta dengan bintang bola sepak.

Tahniah Roslin! Semoga perkahwinan kali ini kekal!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top