Watie Elite dan Joey pasangan artis bercinta sebelum ini dilaporkan sudah berkahwin senyap-senyap. Menurut laman mStar ,mereka telah bernikah dalam satu majlis ringkas yang dihadiri oleh keluarga terdekat masing-masing pada hujung tahun lalu.

Watie enggan menyatakan secara jelas status perkahwinannya tetapi tidak menafikan atau mengiakan tentang hal tersebut.

"Saya tidak boleh mengiakan atau menafikan tentang status hubungan saya dan Joey. Mungkin kami akan membuat satu sidang media khas pada bulan depan berkaitan hal itu.

"Kami mahu keadaan 'panas' yang pernah dilalui Joey pada tahun lalu reda sepenuhnya sebelum kisah mengenai hubungan kami dijelaskan kepada umum.

"Lagipun saya perlu meminta izin daripadanya (Joey) sebelum membuat sebarang kenyataan. Maklumlah, sekarang ini kami sudah 'berdua'," katanya.

Watie menjelaskan dia akan mencari tarikh sesuai untuk membuat pengumuman tersebut sebelum Joey sibuk dengan aktiviti konsert jelajah bersama kumpulan Exist tidak lama lagi.

Joey, yang merupakan vokalis kumpulan Exists mempunyai seorang anak perempuan, Zidani, 5, hasil perkahwinannya dengan bekas isteri, Noraini Mohamad Nasir.

Wati - Joey

Mereka telah bercerai pada 8 Ogos tahun lalu.

Begitu juga dengan Watie yang telah mempunyai seorang anak, Ahmad Afif Danial, 5, hasil perkahwinan terdahulu.

Kontroversi hubungan Watie dan Joey mula tercetus apabila mereka dikatakan menjalin hubungan sewaktu bertemu ketika penggambaran drama bersiri Blues Pasar Tani pada Mac tahun lalu di Muar, Johor.

Sementara itu, kata Watie, dia bersyukur, walaupun terpaksa berdepan dengan kontroversi, kerjaya lakonannya masih lagi tidak terjejas.

Apa-apa pun, tahniah Wati dan Joey atas terbinanya masjid!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top