“Bertepatan dengan kehendak agama, mengapa perkara yang baik seperti ini (perkahwinan) hendak ditangguhkan lama-lama.

“Saya juga berharap apa yang kami hajatkan untuk melayari kehidupan bersama akan menjadi kenyataan tidak lama lagi.

“Saya tidak bimbang bergelar isteri pada usia muda kerana sudah bersedia dan hubungan kami pun direstui keluarga.

“Ben juga sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan semestinya ia tiada paksaan atau kami terburu-buru.

“Kami juga memilih majlis perkahwinan yang sederhana tetapi meriah. Majlisnya tidak mahu terlalu mewah dan ikut kemampuan. Bagi kami, yang paling utama majlis akad nikahnya,” kata Marshanda ditemui media Indonesia di Jakarta Selatan, baru-baru ini.

Bintang sinetron Sejuta Cinta Marshanda yang kini disiarkan TV3, setiap Isnin hingga Khamis, jam 2 petang itu beraksi di samping bekas kekasihnya, Baim Wong dan bakal suami, Ben. Dalam sinetron itu cintanya dan Baim mendapat halangan keluarga.

Senario seorang gadis menjadi rebutan tiga jejaka agak sinonim dengan kebanyakan sinetron Indonesia. Malah, selalunya ‘cinta pertama’ akan berjaya dan dengan rela pencinta kedua dan ketiga mengundur diri demi kebahagiaan si kekasih.

Begitu juga dengan jalan cerita Sejuta Cinta Marshanda yang mengetengahkan percintaan dua darjat antara pemuda kaya, Delvin lakonan Baim dan gadis golongan sederhana, Marshanda. Turut membintangi sinetron itu Ashraf Sinclair dan Alice Norin.

Sementara itu, Ben pula ketika ditemui media Indonesia di lokasi penggambaran kuiz, Katakan Kataku, baru-baru ini turut memaklumkan majlis resepsi pernikahannya dan Marshanda bukanlah pentas menunjuk-nunjuk kemewahan mereka sebagai selebriti.

Katanya, ia majlis biasa-biasa saja yang mana bersesuaian dengan situasi serta kemampuan mereka.

Ujar Ben, apa yang penting semua tetamu yang hadir merasakan kegembiraan pernikahan itu. Malah, apa yang bermakna buat mereka tentunya doa.

“Apapun, busana pernikahan dan segala yang berkaitan pernikahan kami berdua sudah dipersiapkan namun bagaimana perjalanan adatnya belum difikirkan lagi. Di pihak lelaki, saya lebih senang dan selesa mengikut sebelah Chacha saja.

“Terpulanglah, jika Chacha mahu ikut adat Minangkabau. Saya tiada masalah memenuhi keinginannya kerana saya juga berasal dari Palembang. Kami sama-sama dari Sumatera, jadi rasanya tidaklah terlalu susah untuk menjalankan adat itu,” katanya.

Menyentuh soal persiapan majlis resepsi pernikahan itu, Ben berkata, mereka lebih selesa memilih untuk menguruskan sendiri.

Setakat ini, katanya, mereka dibantu oleh keluarga dan rasanya ia sudah cukup.

Menurutnya, mereka mungkin tidak menggunakan perancang perkahwinan.

Ben berkata, dia sendiri sentiasa mengawasi persediaan untuk majlis bersejarahnya dengan Marshanda.

Bagaimanapun, katanya dia dan Marshanda selesa membuat keputusan bersama.
Ujarnya lagi, Marshanda mempunyai lebih banyak keinginan untuk memilih.

Apapun, Marshanda dilaporkan membuat keputusan bertudung ketika meraikan ulang tahunnya yang ke-21, tahun lalu.

Kata Marshanda, hasrat itu muncul selepas terbaca satu hadis dan diterima baik Ben.

>PROFIL
NAMA: Marshanda Irwan Yusuf
PANGGILAN MESRA: Chacha
AGAMA: Islam
ASAL: Jakarta, Indonesia
TARIKH LAHIR: 10 Ogos 1989
USIA: 22 tahun
KELUARGA: Anak sulung daripada tiga beradik
KARIER: Aktres sinetron, penyanyi
SINETRON: Antaranya Bidadari, Puteri Yang Terbuang, Keluarga Mata Hatiku, Kisah Sedih Di Hari Minggu, Kisah Kasih Di Sekolah, Kisah Kasih Di Sekolah II, Adam Dan Hawa, Manis Dan Sayang, Benci Bilang Cinta, Sejuta Cinta Marshanda
ALBUM SOLO: Bidadari, Marshanda (2005)
ALBUM KOMPILASI: Allah Yang Kucintai (2002), Best of Female Idol, Broken Heart, Now And Forever, Dua Belas Lagu Islamik Terbaik
FILEM: Pendidikan Bahasa Inggeris dan Petualang 100 Jam
STATUS: Bujang
KEKASIH: Ben Kasyafani
USIA: 28 tahun

Kongsi artikel ini menerusi media sosial








0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top