Chelsea berpeluang membalas dendam kekalahan menerusi penentuan sepakan penalti kepada Manchester United pada final 2008 apabila mereka diundi bertemu pada peringkat suku akhir saingan Liga Juara-juara.

Pasukan pilihan, Barcelona pula akan berhadapan Shakhtar Donetsk dari Ukraine yang menewaskan mereka 3-2 di Nou Camp pada peringkat kumpulan dua tahun lalu.
Pemenang sebanyak sembilan kali, Real Madrid pula akan menentang Tottenham Hotspur manakala juara bertahan Inter Milan akan bertemu Schalke 04.
Pemenang perlawanan Inter/Schalke akan menentang pemenang perlawanan Chelsea/Manchester United pada separuh akhir manakala Real Madrid akan bertemu Barcelona jika kedua-dua pasukan melepasi peringkat suku akhir.

Perlawanan suku akhir akan dilangsungkan pada 5 dan 6 April serta 12 dan 13 April manakala perlawanan separuh akhir pada 26 dan 27 April serta 3 dan 4 Mei dengan final di Stadium Wembley pada 28 Mei. - Reuters

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top