DIALOG Orang Muda (DOM) - Bahasa Melayu di IPT: Melukut di Tepi Gantang? akan diadakan di Rumah Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur, pada 20 Mac ini, jam 10.30 pagi.

Ahli Jawatankuasa Biro Penulis Muda PENA, Muhammad Lutfi Ishak, berkata DOM yang menjadi pentas intelektual di kalangan generasi muda itu bakal menyorot kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di institut pengajian tinggi (IPT) pada masa kini.

“Isu itu akan dikupas oleh Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz; Editor Penyelidikan Al-Ameen Serve Holdings, Muhammad Syukri Rosli dan pelajar Sarjana Bahasa Melayu Linguistik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Mohd Tarmizi Hasrah.

“PENA mengharapkan kehadiran generasi muda dapat memberi pandangan terhadap realiti bahasa Melayu di IPT sebagai bahasa ilmu, sekali gus menyuarakan hasrat dan kemahuan mereka dalam mengangkat bahasa ibunda ini di pentas intelektual,” katanya dalam kenyataan melalui e-mel, baru-baru ini.

DOM acara bulanan anjuran Biro Penulis Muda PENA itu, turut mendapat kerjasama Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM), manakala maklumat lanjut hubungi Muhammad Lutfi di talian 0132650876.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top