Empangan hidroelektrik Bakun dijangka menjana secara komersial 300 megawatt (MW) bekalan elektrik Julai ini, kata Pengarah Urusan Sarawak Hidro Sdn Bhd, Zulkifle Osman.

Beliau berkata, kerja-kerja menakung air bermula pada 13 Oktober tahun lepas dan paras air di empangan itu kini sedalam 184.6 meter.

Zulkifle berkata, penakungan itu perlu mencecah paras operasi minimum 195 meter untuk menjalankan percubaan bagi menentukan kebolehbergantungannya, yang mengambil masa sekurang-kurangnya sebulan.

"Kami mendapat curahan hujan yang baik dari kawasan hulu sejak beberapa minggu lepas.

"Berdasarkan pengiraan kami, jika hujan berterusan, paras air empangan mungkin mencecah 195 meter menjelang akhir April atau awal Mei,” katanya di sini hari ini.

Kawasan yang dibanjiri air meliputi 690 kilometer persegi, bersamaan saiz Singapura.

Sarawak Hidro, unit milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan, ialah pemaju empangan itu, yang boleh menjana 2,400MW bekalan elektrik. – Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top