hi021

EMMA (depan, dua dari kanan) dan Hayden (depan, dua dari kiri) merupakan dua daripada kumpulan pelakon remaja popular masa kini yang membintangi Scream 4.



BIARPUN berlakon dengan tubuhnya dilimpahi darah dan perlu menjerit ketakutan hampir sepanjang masa, aktres muda Emma Roberts baru-baru ini memberitahu betapa dia rasa bangga kerana berpeluang berlakon di samping para pelakon berpengalaman menerusi filem Scream 4.

Anak saudara aktres Julia Roberts yang baru berusia 20 tahun itu berlakon di samping aktres Neve Campbell dan Courteney Cox menerusi siri keempat filem Scream, yang mana Neve dan Courteney merupakan pelakon kesemua tiga siri filem itu sebelum ini.

“Saya berada bangga berpeluang berlakon di samping pelakon berpengalaman seperti Neve dan Courteney. Sudah tentu, saya dan pelakon remaja lain yang muncul dalam Scream 4 merupakan generasi baru Scream,” ujar Emma kepada majalah Empire.

Tambahnya: “Saya menghabiskan tempoh selama dua bulan menjerit dan tubuh dilimpahi darah sewaktu menjalani penggambaran Scream 4, dan sudah tentu saya seronok melakukannya.”

Biarpun dia kini berani berlakon dalam Scream 4, namun ketika siri asal filem itu, Scream ditayangkan tujuh tahun lepas, Emma yang ketika itu baru berusia 13 tahun mengakui dia sangat takut ketika menonton filem itu.

Katanya: “Saya teringat menonton filem Scream ketika saya berusia 13 tahun dan merasakan apa yang dipaparkan filem itu tidak pernah saya tonton sebelum ini. Saya ketawa pada satu ketika dan pada ketika yang lain saya akan menjerit ketakutan.

“Impak selepas menonton filem itu terhadap kehidupan saya memeriksa seluruh bilik di kediaman yang saya huni bersama ibu dan bapa bagi memastikan tiada pembunuh bersiri bersembunyi di situ.” Scream 4 yang turut membariskan pelakon remaja popular seperti Hayden Panettiere, Anna Paquin, Kristen Bell dan Adam Brody itu bakal ditayangkan menjelang 15 April ini.

# Selingan berita hiburan dan berita menarik yang lain.






0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top