Video seks yang dikatakan melibatkan seorang pemimpin pembangkang sepatutnya diserahkan kepada pihak berkuasa seperti polis dan mahkamah untuk disiasat kesahihannya.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan, penyebaran video seks berkenaan untuk tatapan umum adalah haram dari segi hukum syarak.

“Perbuatan ini (menyebarkan kepada umum) adalah berlandaskan satu fitnah sedangkan yang jelas dituntut oleh syarak ialah menegakkan keadilan dengan disertakan bukti-bukti.

“Sebaiknya, kita serahkan kepada pihak berkuasa, tidak kiralah polis atau mahkamah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top