Katanya, semua maklumat akan disalurkan terus kepada ibu bapa pelatih itu dan dakwaan yang menyatakan mereka tidak mendapat maklumat sebenar adalah tidak tepat.
"Kita (polis) sudah letak pegawai di Pulapol dan saya nasihat ibu bapa itu agar mendapat maklumat terus daripada pegawai itu.
"Kita sentiasa memberikan maklumat terkini dan laluan komunikasi kepada mereka,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Batalion Lapan Pasukan Gerakan Am (PGA), Pengkalan Chepa, di sini hari ini.
Jangkitan virus ”Adenovirus” dilaporkan merebak di kalangan pelatih Pulapol sejak 4 Mac lepas hingga mengorbankan seorang pelatih berumur 21 tahun dari Kuala Kangsar, Perak, yang meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Selasa lepas. - Bernama
0 ulasan:
Catat Ulasan