Beregu utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton All-England 2011 dengan menundukkan Markis Kido-Hendra Setiawan 21-19, 23-25, 21-11 dalam suku akhir, hari ini.

Mereka yang juga pilihan kelima kejohanan Siri Super Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mengambil masa 49 minit untuk menang ke atas pasangan Indonesia yang juga pilihan keempat dalam perlawanan di Arena Tertutup Kebangsaan, Birmingham.

Kien Keat-Boon Heong dijangka bertemu pemenang satu lagi perlawanan suku akhir antara pasangan China, Cai Yun-Fu Haifeng dengan Ko Sung Hyun-Yoo Yeon Seong dari Korea Selatan. - Utusan

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top