Obsesi remaja masa kini

FENOMENA Justin Bieber berlaku bagaikan sekelip mata. Nama remaja berusia 16 tahun ini pantas meledak bagaikan kilat yang bergerak pantas tersebar seantero dunia.
Bakat pemilik nama sebenar Justin Drew Bieber, anak kelahiran Ontario, Kanada ini telah dikenal pasti di laman web YouTube yang mana ketika itu video-video nyanyiannya yang dimuat naik di dalam laman tersebut.
Bieber memulakan langkah sebagai penyanyi semasa berusia 12 tahun dengan menyertai pelbagai pertandingan nyanyian. Benar kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.
Pada tahun 2008, bakat Justin dikenal pasti oleh Scooter Braun yang secara kebetulan menonton video nyanyiannya menerusi laman YouTube tersebut. Tanpa berlengah, Scooter kemudian menjadi pengurus Bieber dan mengatur pertemuan eksklusif dengan penyanyi R&B terkenal, Usher di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat.
Sejak detik itu, Usher secara automatik bertindaj sebagai mentor Bieber. Karier profesional Justin bermula dengan dirinya menandatangani kontrak rakaman bersama Island Records pada Oktober 2008 dan muncul dengan single pertama One Time pada tahun 2009.
Sejak dilancarkan, single One Time, One Less Lonely Girl, Love Me dan Favourite Girl telah mengungguli senarai lagu 15 teratas carta Canadian Hot 100 dan lagu 40 teratas carta Billboard Hot 100.
Pencapaian tersebut menjadikan Bieber sebagai satu-satunya artis di dalam sejarah Billboard yang punyai empat single dari album sulung yang tersenarai dalam carta tersebut sebelum mengeluarkan album penuh.
![]() |
|
PERJALANAN masa depan karier Justin Bieber merupakan sesuatu yang agak menarik untuk diikuti memandangkan dia sudah mencecah kemuncak popularti pada usia 16 tahun. |
Album studio penuh pertama Justin yang berjudul My World 2.0 dilancarkan di pasaran pada Mac 2010 yang turut menguasai carta single dan album paling laris dengan jualan yang mencecah tahap platinum di Amerika Syarikat dalam tempoh tidak sampai dua bulan di pasaran.
Kejayaan dalam kariernya terus melonjak naik apabila dia juga telah melakar sejarah sebagai artis pertama yang memuatkan tujuh buah lagu dari album pertama yang terus mengungguli carta Billboard Hot 100.
Justin juga melakar sejarah sebagai artis pertama yang memiliki tujuh lagu daripada album sulung berada dalam carta Billboard Hot 100.
Nama bintang sensasi remaja ini terus melonjak apabila banyak gelaran yang dicapai seperti menerusi laman web YouTube sebagai Top Ten YouTube Superstars abad ini serta tidak ketinggalan laman sosial Twitter miliknya yang juga punya 11,000 peminat setiap hari.
Artis kelas A
Jika dihitung, pengalaman perjalanan karier Bieber belum mencecah lima tahun, akan tetapi melihat kepada pencapaian yang dikecapi, ia setanding dengan artis kelas A sedia ada.
Pada 21 November 2010 pada acara American Music Awards ke-38 yang telah berlangsung di Nokia Theatre, Los Angeles, Justin meraih pengiktirafan sebagai Artis Tahun Ini mengetepikan nama terkenal seperti Eminem, Lady Gaga, Katy Perry, Kei$ha. dan mentornya sendiri, Usher.
Selain itu, Justin juga mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi pemenang anugerah terbanyak anugerah tersebut iaitu sebanyak tiga anugerah untuk kategori Artis Cemerlang, Artis Pop/Rock Lelaki Pilihan dan Album Pop/Rock Pilihan menerusi album, My World 2.0.
PROTEGE dan mentor. Justin membuat persembahan debat bersama Usher pada Grammy Awards 2011 baru-baru ini. 
Kejayaannya itu mencatat rekod penyanyi paling muda menggondol anugerah tersebut sejak American Music Awards dianjurkan bermula pada tahun 1973.
Bieber juga turut meraih dua pencalonan untuk anugerah muzik paling berprestij iaitu Grammy menerusi kategori Artis Baru Terbaik dan Album Pop Vokal Terbaik menerusi album My World 2.0.
Mengakui dirinya membesar dengan penuh kekurangan, Bieber bijak mengatur perjalanan kariernya sehingga berjaya ke tahap seperti yang dikecapi kini.
Konsert pertama dii Malaysia
Menyaksikan fenomena yang sentiasa dicetus oleh bintang remaja antarabangsa ini, Tune Talk Mobile Prepaid membuat keputusan pantas untuk menaja konsert sulung Justin Bieber My World Tour ke Malaysia kelak.
“Apabila kami mendengar perkara tersebut, kami sememangnya bergerak pantas untuk mendapatkan Justin ke Malaysia bagi mengadakan konsert kerana sememangnya juga Justin adalah suatu fenomena moden yang kini berlaku di seluruh dunia,” ujar Ketua Pegawai Operasi Tune Talk, Jason Lo.
Konsert sulung Justin akan berlangsung di Stadium Merdeka pada 21 April 2011 dan berbeza dengan konsert yang telah dijalankan di Malaysia sebelumnya, Tune Talk mengambil pendekatan berbeza pada konsert yang dianjurkan kali ini.
“Pastinya pada setiap konsert-konsert besar pasti terdapat tempat duduk VVIP yang kebiasaannya diberikan percuma. Jadi, apa salahnya jika tiket tersebut dibayar dengan harga RM1000 untuk diberi sumbangan kepada yang kurang bernasib baik.
PEMINAT fanatik Justin di Malaysia berpeluang menyaksikan konsertnya ketika namanya kini sedang gah. 
“Sasaran kutipan sebanyak RM100,000 hingga RM200,000 tersebut akan didermakan kepada rumah kebajikan Nur Salam. Jadi, siapa akan katakan tidak kepada perkara mulia sebegitu,” tambah Jason.
Justin dijangka menghiburkan peminat selama lebih kurang dua jam yang mana dia akan menyampaikan lagu-lagunya dari album My World 2.0.
Penangan populariti Justin terbukti apabila tiket berharga RM498 telah habis dijual pada hari pertama kaunter penjualan tiket dibuka pada pukul 10 pagi iaitu pada hari sidang akhbar dijalankan.
“Pada hari pertama penjualan tiket, hanya untuk pelanggan Tune Talk. Paling mengejutkan, ada remaja yang membeli sehingga 10 tiket sekali gus dan sanggup beratur dari pukul 4 pagi semata-semata untuk membeli tiket bagi menyaksikan penyanyi kegemaran mereka itu,” kata Jason yang mendedahkan Tune Talk akan membawa lebih ramai selebriti bertaraf antarabangsa untuk disajikan kepada peminat tempatan.
Tiket Justin Bieber My World Tour in Malaysia dijual pada harga RM498, RM358, RM288, RM188 dan RM98 dan juga boleh didapati menerusi www.airasiaredtix.com dan www.ticketpro.com serta di kaunter jualan AirAsiaRedTix dan TicketPro seluruh negara.

i'm not like jastin bieber more
BalasPadamhe just human not wonder boy