Selepas mencatatkan kejayaan yang membanggakan menerusi filem Hikayat Merong Mahawangsa (HMM), KRU Studios kini bersedia untuk mencipta satu lagi sejarah menerusi filem terbaru mereka, Vikingdom.

Diterbitkan dengan usaha sama anak syarikat KRU Studios, Epic Pictures yang berpangkalan di Beverly Hills, Los Angeles, Amerika Syarikat (AS), Vikingdom bakal dibintangi oleh pelakon antarabangsa yang masih dalam proses pemilihan.

Presiden Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim menjelaskan, skrip filem yang ditulis oleh penulis lakon layar dari AS, James Coine itu kini di peringkat terakhir sebelum ia menjalani penggambaran sekitar penghujung tahun ini.

"Walaupun skripnya belum disiapkan sepenuhnya, Vikingdom sudah pun mendapat perhatian beberapa pihak. Malah, mereka juga telah menyatakan persetujuan untuk mengedarkan filem ini di negara masing-masing terutama negara sekitar Eropah dan AS.

"Sesungguhnya kejayaan awal ini amat menggembirakan kami dan rekod yang telah dicipta oleh HMM membuatkan kami lebih bersemangat untuk membawa filem ini ke serata dunia.

"Vikingdom juga menyaksikan buat pertama kalinya bereksperimentasi dengan teknologi stereoskopik 3D yang sebelum ini pernah digunakan dalam filem Avatar," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat KRU Studios di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Epic Pictures, Patrick Ewald dan pengarah filem Vikingdom, Yusry Abdul Halim.

Dalam majlis itu juga, Norman memberitahu, senarai barisan pelakon dan kos penerbitan keseluruhan filem itu akan diumumkan pada Festival Filem Cannes yang bakal berlangsung pada 11 hingga 22 Mei ini di Perancis.

Bukan itu sahaja, demi membawa Vikingdom ke peringkat antarabangsa, ia akan menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya sebagai bahasa pengantar.

12 ulasan:

  1. mesti mcm hampeh..memalu kan dah syok sendiri.

    BalasPadam
  2. another clone of cicak man that a failure...

    BalasPadam
  3. pengarah org kita...pelakon ? import....nmpk sgt xde pelakon dkt Malaysia ni dah...

    BalasPadam
  4. Diaorang buat filem berkaitan Viking... takkan nak letak muka melayu plak dalam tuh... aku rasa tak kan jadi cam cicak man... diaorang guna pelakon hollywood... guna teknologi yang tinggi... suka nak kondem jer... tengok dululah... at least diaorang belajar camner nak jadi pengeluar filem hebat... selagi tak cuba camner nak pandai...

    BalasPadam
  5. atleast ada gak kemajuan dalam industri filem kita... jangan duk kondem aje...

    BalasPadam
  6. belum ape2 da kutuk. org cm nie pn ada. podah.

    BalasPadam
  7. walau mcm mana pun kena sokong filem kita ni,jangan asyik nak jatuhkan bangsa sendiri aje

    BalasPadam
  8. buatlah cerita yg elok ....ni org jahiliah pun dah masuk islam...pi buat cerita pagan buat apa?risau budak2 tengok nnt.

    BalasPadam
  9. hak ela...bile produksi tempatan nak buat filem blockbuster mcm ni sikit...dah mengutuk...kang bile keluar filem takde kualiti plak...mule la dok banding2 ngan filem hollywood...ptuihh laa

    BalasPadam
  10. viking brsuasanakn hutan hujan Khatulistiwa???

    BalasPadam
  11. korang kutuk2 pon korang boleh ke buat filem dengan modal berjuta..cube la buat aku nak tengok..

    BalasPadam
  12. biar la die nak buat cite ape pon..yang korang sibuk sgt knpe..??
    untuk negara kita jugak..mcm mne la org melayu nak maju..patutnye bg la sokongan..bukan duit mak bapak korang pon die pakai..

    BalasPadam

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top