Gempar suasana di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur sekitar 11 pagi semalam apabila Wak AG tiba-tiba muncul berpakaian tradisional Jawa. Lebih menarik kemunculannya bukan sahaja dengan tangan kosong. Turut bersamanya 400 pek tempe (makanan ringan masyarakat Jawa).

Kehadiran Wak AG lebih setengah jam di hadapan Pasaraya Haniffa dan Pusat Pakaian Hari-Hari ternyata mengejutkan pengguna jalan raya yang turut berhenti memberi sokongan, sempena kempen 'Wak AG Jangan Nyanyi' anjuran stesen radio Hot FM.

Wak AG sendiri tidak menyangka sesi pengedaran pek tempe percuma itu menerima sambutan hebat masyarakat.

"Saya sangat tidak menyangka ramai warga Kuala Lumpur yang gemarkan tempe sebenarnya. Dan jangan lupa untuk menyertai kempen kami ‘Wak AG Jangan Nyanyi’ untuk mendapatkan wang tunai RM60,000 di Hot FM!" ujar AG yang mengendalikan segmen Hot FM AM Krew bersama Faizal Ismail dan Fara Fauzana.

Haslinda, 26, yang ditemui ketika sesi mengedarkan pek tempe percuma berkata, beliau begitu teruja apabila mengetahui Wak AG bakal muncul di kawasan sekitar melalui hebahan radio Hot FM.

"Dengan imej Jawa dan kemunculan mengejut Wak AG di tempat kunjungan ramai, Hot FM berjaya menarik perhatian ramai dan ini merupakan suatu kelainan yang patut diteruskan oleh Hot FM," menurut gadis tinggi lampai ini.

Kempen 'Wak AG Jangan Nyanyi' telah bermula Isnin lalu dan menawarkan wang tunai berjumlah RM60,000 hanya di Hot FM. Hanya dengar Hot FM dan tunggu isyarat untuk menjadi pemanggil ke-5 sebelum meneka nama lagu dan penyanyi yang akan dinyanyikan oleh Wak AG dalam bahasa Jawa. Bukan itu sahaja, Menang Online di Hot FM turut menawarkan wang tunai RM200 setiap minggu sepanjang Mac ini. Layari www.hotfm.com.my untuk maklumat lanjut!






0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top