Peluang Beli Juadah / Baju Raya Daripada Selebriti

Bermula 9 dan 10 Ogos ini, orang ramai boleh mengambil peluang untuk mendapatkan pelbagai kelengkapan Hari Raya di ‘Bazar Terbaik Raya TV3’ yang akan diadakan perkarangan Sri Pentas, Bandar Utama bermula jam 9.00 pagi hingga jam 7.00 malam.


Bazar yang julung-julung kali diadakan ini menyediakan lebih daripada 30 gerai yang dikendalikan bersama barisan selebriti popular seperti Fizo Omar, Iqram Dinzly, Dato’ Shah Rezza, Zahida Rafik, Danny X-Factor, Shera Ayob, Tasha Shilla, Fauziah Gous, Karl Shafek, Nadia Mustafa dan Mimi Haris serta ahli My TV3, Kelab Media Prima dan pihak penaja.

Antara barangan yang boleh didapati di bazar ini termasuklah biskut Raya, baju Raya, aksesori Raya, tudung, serunding, wangian dan alat solek, cenderahati eksklusif Boboiboy dan macam-macam lagi. Paling penting, setiap barangan akan dijual pada harga menarik.

Sambil membeli-belah, bolehlah merebut peluang untuk beramah-mesra dengan barisan artis terlibat serta barisan personaliti TV3. Terdapat juga penampilan istimewa Boboiboy dan rakan-rakan berbaju Raya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top