Sinopsis drama Ego Saluran TVi (saluran Astro 180) menyajikan drama yang membentangkan realiti dalam kehidupan seharian masyarakat kita yang diangkat dalam slot Wayang i menerusi lakonan berkesan Eja, Fauzi Nawawi dan Eira Syazira dalam drama bertajuk Ego. Drama Ego menemui penonton pada 11 Ogos ini, jam 12 tengah hari . Ego mengisahkan Marina lakonan Eja menjiwai watak wanita yang bongkak dan enggan berkongsi apa saja miliknya dengan orang lain. Dalam apa saja situasi, dia saja yang betul. Keangkuhan Marina tiba di kemuncak apabila dia secara terang-terangan enggan membantu suaminya, Rafiq (Fauzi Nawawi) yang dalam kesusahan. Dugaan besar berlaku dalam diri Marina apabila dia kemudiannya terpaksa menelan kenyataan terpaksa bermadu dengan teman baiknya sendiri (Eira Syazira).

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top