Walaupun pada mulanya dia hanya bertudung kerana suka-suka bersempena bulan Ramadan, namun kerana keberkatan bulan yang penuh mulia ini akhirnya Shila Amzah mula tekad untuk kekal dengan imej tersebut seterusnya akan kekal dengan imej tersebut sehingga bila-bila.

Sila menceritakan terdetik permulaan untuk bertudung semasa sedang sibuk melakukan penggambaran bersama Neelofa dan selepas selesai dia diajak oleh kekasih hatinya Sharnaaz untuk berbuka puasa bersama para peminat dan secara tiba-tiba dia telah bersiap untuk mengambil tudung di dalam almari. Ketika itulah terdetik dihatinya yang dia telah bersedia untuk mula berubah untuk menjadi lebih baik selepas ini.

Sharnaaz Ahmad yang gembira dengan perubahan drastik Shila Amzah turut memberikan sokongan dan memberikan reaksi positif kepada kekasih hatinya itu. Bukan itu saja, ibu Sheila turut gembira dengan perkara tersebut dan beberapa kali bertanyakan kepada dirinya mengenai perubahan tersebut.

Shila Amzah bertudung

Shila Amzah berhijab

Sementara itu, Shila Amzah yang ditemui menjelaskan dia mahu menjadi insan yang lebih baik daripada sebelum ini dan berharap akan diterima baik oleh semua peminatnya. Selepas ini juga dia bakal berhati-hati dengan pemilihan lagu sesuai dengan imejnya yang bertudung. Bukan itu saja, Sheila tetap akan meneruskan kariernya sebagai seorang penyanyi dan bakal muncul dengan albumnya yang terbaru khas buat peminat pada awal bulan depan yang mengakui meminati genre muzik pop dan balada. Semoga imej terbaru Shila Amzah ini dapat diterima baik oleh semua peminatnya kerana ia suatu perkara yang positif didalam industri hiburan.

Twitter Shila Amzah
https://twitter.com/Shilaamzah

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top