Sinopsis drama Psikik
Psikik mengisahkan seorang gadis bernama Sukma yang mana selepas bangun daripada koma selama 10 tahun, menyedari dirinya memiliki kuasa aneh di mana dia dapat melihat bayangan dan menerima cebisan imbasan yang ada kaitan dengan masa depan atau sesuatu kejadian lampau.
Plot ceritanya diadaptasikan berdasarkan memori terakhirnya iaitu tragedi pembunuhan ibu bapa Sukma yang mana dia terdorong dan nekad untuk mencari jawapan daripada misteri pembunuhan keluarganya itu. Namun, perjalanan Sukma tidak semudah yang digambarkan kerana dalam pencarian itu dia terpaksa berdepan dengan situasi misteri dalam hidupnya.
Pada masa sama Sukma mula menguasai dan memahami keupayaan yang ada dalam dirinya. Dia mulai tenang dan tidak tertekan dengan kuasa yang dimilikinya itu dan dia mula menerima seadanya 'kurniaan' yang diberikan kepadanya.
Dalam keadaan yang masih kebingungan dengan kehendak pihak ketiga dan tidak mahu menyinggung perasaan orang yang disayanginya, Sukma dengan berat hati menggunakan kebolehannya menyelesaikan pelbagai kes jenayah yang pada zahirnya agak normal, tetapi sebenarnya ada kaitan dengan perjalanan hidupnya.
Pada setiap episod, Sukma akan dibantu oleh teman-teman rapat dan keluarganya dalam mengharungi detik-detik mencari identiti sebenar membabitkan hubungan, kepercayaan dan harapan yang akan menentukan segala-galanya.
Untuk mengetahui apakah kisah sebenar di sebalik kejadian yang menimpa Sukma dan keluarganya dan berjayakah Sukma menyingkap kebenaran, tontoni drama rantaian mengisi slot Mahligai hanya di TV1.
Pelakon drama Psikik: Miera Liyana, Lash Mokhtar, Amar Asyraf, Hilal Azman, Razali Hussain, Marup Mustafa, Radhi Khalid, Kuza dan Irma Hasmie.
0 ulasan:
Catat Ulasan