Kumpulan kugiran THE ALIF ditubuhkan sekitar Mei 2010, mempertaruhkan muzik berentak new wave pop dan rock. Mereka juga banyak bermain dengan melodi yang 'catchy' dan groovy, membuatkan mereka tampak lain dari band yang sedia ada di Malaysia.

Seiring dengan peredaran zaman, THE ALIF tampil dengan rentak muzik yang lebih segar dan menarik buat pendengar setia. Sekiranya anda mahukan kelainan dalam rentak muzik, THE ALIF adalah pilihan yang sangat tepat. Single terbaru mereka, "Empayar Caliphso" membuktikan muzik industri Malaysia seiring dengan muzik semasa.

Single terbaru mereka ini sudah pun dimainkan dicorong-corong radio tempatan. Sekiranya anda suka dan menyokong muzik yang mereka perjuangkan, undi dan minta lagu "Empayar Caliphso" di stesen radio kegemaran anda.



Laman Sosial The Alif:
Facebook: http://www.facebook.com/pages/THE-ALIF/125515070809047
Twitter: @empayarthealif
Youtube: http://www.youtube.com/thealifband

Lirik Empayar Caliphso - The Alif

Gitar berbunyi sudah menandakan
Revolusi muzik kami dendangkan
Apa kau tunggu mari bersamaku
Ketuk mikrofon cubaan suara
Hati gugup kencang bagai nak gila
Apa matlamat ku
Mencari kuncu baru

Jangan duduk disitu duduk disitu
Mari sini dengar lagu
Biar biarkan aku biar nyanyi satu lagu
Jangan duduk disitu duduk disitu
mari sini dengar lagu
Mari mari bersamaku aku dendangkan lagu aku

Main tempo satu tiga
Gitar enam tali ikut rentak dan lagu
Jangan kau ganggu konsentrasiku
Bukan lagu kosong ku tiada irama
Mungkin tempo satu tiga ku selesa
Mari bersamaku nyanyi ini lagu
EMPAYAR CALIPHSO

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top