Sinopsis Nasi Yong Lemak Taufu 

Nasi Yong Lemak Taufu  bermula apabila Weni dan Kaidir duduk bersebelahan dalam bas ekspres dengan tidak sengaja tertukar beg ketika mereka tergesa-gesa mahu turun dari bas. Ketika rakan-rakannya, Wan dan Man, datang menjemput Kaidir, mereka bertanya sama ada dia sempat bersahur. Kaidir menyatakan bahawa dia memakan yong tau fu milik seorang gadis Cina.

Berkisah pada Weni pula, dia begitu terkejut apabila mendapati bekas makanannya ialah nasi lemak. Ayahnya, Wong, begitu marah apabila Weni cuba untuk memakannya kerana Weni kehilangan ibunya akibat nasi lemak.

Kaidir pulang ke rumah dengan rasa bersalah kerana termakan yong tau fu. Kak Yong, ibu Kaidir dapat merasakan sesuatu yang tidak kena dengan anaknya. Kak Yong begitu terkenal dengan masakannya iaitu nasi lemak daun pisang.

Wong pula menghadapi masalah dalam perniagaan kedai kopitiamnya yang kekurangan pelanggan. Weni memahami masalah yang dihadapi ayahnya dan cuba untuk membantu. Weni menghubungi Kaidir selepas mendapat maklumat yang dijumpai tempoh hari.

Selepas perkenalan mereka semakin rapat, Weni menyatakan masalah kemerosotan perniagaan ayahnya yang berada di kawasan yang penduduknya ramai orang Melayu. Kaidir memberi cadangan berdasarkan nasihat ibunya iaitu dia dan Weni harus bertukar-tukar ilmu masakan iaitu yong tau fu dan nasi lemak dalam memikat hati Wong supaya bersedia menerima perubahan.

Pelbagai cabaran dan rintangan dihadapi Kaidir dalam usaha memenangi hati Wong. Sambil dibantu Pak Imam, maka akhirnya Wong terbuka minda untuk berubah. Apakah yang dilakukan bapa Weni yang pada awalnya menolak cadangan untuk bekerjasama dengan ibu Kaidir?

Nasi Yong Lemak Taufu dibintangi Amar Asyaff, Julie Woon, Shiela Mambo, Chew Kin Wah, Faiz Raja Lawak, Wira Raja Lawak, Kaza dan Acong.


0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top