TV3 cari pendakwah muda menerusi Daie Program keagamaan di TV3 terus dipertingkatkan dengan pengenalan rancangan realiti bertajuk Daie, khusus bagi mencari pendakwah muda di kalangan masyarakat Rancangan di bawah program Al-Kulliyah itu mengajak belia berusia 19 hingga 26 tahun untuk berhimpun bersama menimba ilmu dakwah, sekali gus mempersiapkan diri untuk menjadi ilmuwan yang disegani. Penerbit Eksekutif Al-Kulliyah, Mohamad Naim Niamat berkata, pihaknya akan mengadakan sesi uji bakat Daie pada 11 dan 12 Ogos ini, di Sri Pentas, Bandar Utama bermula jam 9 pagi hingga 5 petang. "Kami alu-alukan semua yang berumur 19 hingga 26 tahun untuk hadir uji bakat ini. Lelaki dan wanita, kedua-duanya dijemput. "Mereka hanya perlu membawa bersama foto, biodata diri dan diminta memilih satu topik agama yang ingin disampaikan. Hanya 18 peserta layak akan terpilih menyertai Daie Al-Kulliyah ini," katanya ketika dihubungi, di sini semalam. Maklumat lanjut uji bakat dan program hubungi Mohamad Naim di talian 019-2445043.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top