Sharifah Aleya, pengacara dan penyampai radio popular, memberitahu telah mula bertudung (berhijab) sejak 1 Ramadan lalu.

Sharifah Aleya bertudung
Selebriti yang lebih mesra dengan panggilan Leya ini agak keberatan untuk berkongsi sebab dia melakukan penghijrahan ini sambil menganggap ianya sesuatu yang peribadi untuk diceritakan.

"Saya minta maaf kerana tidak dapat mengulas lanjut mengenai penghijrahan saya kerana bagi saya ianya sangat peribadi untuk dikongsi. Namun, sejak 1 ramadan lalu, saya sudah mula bertudung dan InsyaAllah ianya akan berkekalan hingga akhirnya.

"Alhamdulillah juga kerana sejak saya bertudung, ramai yang telah mendoakan yang terbaik untuk saya termasuk keluarga dan rakan-rakan. Mereka banyak memberikan sokongan," katanya.

Selain itu, Leya turut mengakui kehidupannya kini lebih gembira dengan dikelilingi orang tersayang seperti keluarga dan rakan-rakannya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top