Caroline, anak didik Ella dalam Mentor 6 mengakui lebih gemar duduk di rumah jika tiada aktiviti sepertimana sikap dan personaliti penyanyi popular tersebut.
"Kak Ella gemar menghabiskan masa di rumah apabila dia tidak mempunyai sebarang aktiviti dan saya mula terbiasa dengan tabiatnya itu.Bagaimanapun kami sering melakukan pelbagai aktiviti di rumah bagi mengelakkan daripada kebosanan," katanya.
Caroline kini tinggal bersama Ella.
Caroline berkata, walaupun personaliti Ella kelihatan manja tetapi sebenarnya penyanyi lagu Permata Biru itu sangat bertanggungjawab dan mengambil berat terhadap orang lain.
Ia merupakan sifat tersembunyi ratu rock negara itu yang mungkin tidak diketahui oleh masyarakat dan peminatnya.
"Mungkin apa yang orang nampak mengenai dirinya bukan mewakili siapa dia yang sebenarnya kerana Ella adalah seorang wanita yang sangat sensitif dan sentiasa mengambil berat terhadap orang lain," katanya.
0 ulasan:
Catat Ulasan