Setiap hari, Qismah hidup dalam tekanan dan dilanda rasa bersalah apabila mengenangkan kisah lampaunya. Ketika masih bersekolah, Qismah mengandung anak luar nikah selepas dinodai kekasihnya, Amir. Qismah bergantung sepenuhnya kepada Amir untuk meneruskan kehidupan.
Namun, semua hanyalah janji manis Amir bahawa dia akan mengahwini Qismah selepas anak mereka dilahirkan. Malangnya, sebaik saja Qismah melahirkan seorang bayi perempuan, Amir menghilangkan diri bersama bayi itu. Bukan saja hilang tempat untuk bergantung, Qismah juga hilang arah tuju dan meneruskan hidupnya dalam keadaan daif dan berputus asa.
Untuk terus mengetahui suka duka perjalanan hidup Qismah, jangan ketinggalan mengikuti Takdir Qismah, drama bersiri baru menerusi slot Azalea, TV3 yang sudah mula disiarkan pada 16 Julai lalu, setiap Isnin hingga Khamis jam 4 petang. Sarat pengajaran dan teladan, Takdir Qismah terbitan MIG Production arahan Eoon Shuhaini membariskan pelakon han dalan seperti Lisdawati, Wawa Zainal, Lana Nodin, Aida Aris, Puteri Balqis, Dian P Ramlee dan Fazreen Rafi.
Takdir Qismah |
Drama bersiri 24 episod ini mula menunjukkan perubahan kepada nasib Qismah selepas enam tahun menanggung penderitaan. Qismah mula mendekati diri kepada Allah dengan bantuan Ustazah Rafidah.
Kini, Qismah menyara hidup dengan bekerja sebagai pembantu rumah sambilan di rumah Tuan Rashid dan Puan Ella yang mempunyai seorang anak perempuan berumur 6 tahun, Anis.
Qismah berasa selesa bekerja di rumah Tuan Rashid dan Puan Ella yang baik hati. Qismah juga amat menyayangi Anis, anak mereka. Paling mendebarkan, Anis mempunyai tanda lahir seperti anak kandungnya. Anis sangat manja dan rapat dengan Qismah. Puan Ella mencadangkan Qismah supaya bekerja sepenuh masa dan berpindah ke rumah mereka.
Qismah berasa serba salah. Dia bercerita kepada Ros mengenai kemungkinan yang Anis adalah anak kandungnya yang lama hilang. Ros menyuruh Qismah mendapatkan sampel rambut dan air liur Anis untuk menjalani ujian DNA.
Ros yang kelihatan bersungguh-sungguh membantu Qismah sebenarnya mempunyai agenda tersembunyi. Benarkah Anis anak kandung yang dicari oleh Qismah selama ini? Saksikan perjalanan hidup Qismah dalam Takdir Qismah, setiap Isnin hingga Khamis, jam 4 petang menerusi slot Azalea di TV3.
Penonton yang terlepas menyaksikan drama tersebut boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan juga layari Facebook & Twitter TV3malaysia untuk mendapatkan berita terkini.
Artikel disediakan oleh Unit Perhubungan Awam & Acara, TV3
0 ulasan:
Catat Ulasan