Sinopsis Dia Jantung Hatiku


Dia Jantung Hatiku mengisahkan mengenai Aida, gadis muda periang yang tetap tabah menjalani kehidupannya walaupun menderita sakit jantung. Datuknya yang sakit tenat mahu melihat Aida bertunang dengan cucu kenalannya, Riza.

sinetron Dia Jantung Hatiku
Penolakan Aida mengecewakan datuknya yang akhirnya meninggal dunia tanpa sempat melihat impiannya tercapai. Aida rasa bersalah dan bersetuju menuruti wasiat datuknya itu supaya bertunang dengan Riza.

Namun, Aida disangka perampas kekasih orang kerana Riza sudah mempunyai teman wanita, Indira, yang juga sahabat pena Aida.

Aida menjadi bingung. Pada masa sama, Aida didekati jirannya, Aksan, pemuda yang baik hati dan prihatin dengan masalah hidupnya. Bagaimanakah kisah selanjutnya?

Saksikan drama bersiri 61 episod berjudul Dia Jantung Hatiku, lakonan Naysilla Mirdad, Christian Sugiono, Kimberly Ryder, Rionaldo Stokhorst, Desy Ratnasary, Mathias Muchus, Drg. Fadly dan Rima Melati.

Ia disiarkan mulai 30 Julai 2012, setiap Isnin hingga Khamis, bermula jam 2 petang.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top