Sinopsis Bila Kerbau Bunting Berkubang lakonan Siti Saleha

Bila Kerbau Bunting Berkubang menceritakan tentang Wilma yang berkelulusan tinggi, tetapi dia tidak akan sesekali melepaskan sepasang kerbau, Ola (jantan) dan Oli (betina) yang diwasiatkan oleh arwah bapanya. Menurut wasiat, dia kena pastikan kedua-dua ekor kerbau itu beranak dalam masa setahun lagi, kalau tidak ia akan ditukar milik kepada ibu tirinya, Mak Som.

Seorang Pegawai Pertanian bernama Zamir, kerap datang memantau untuk mengajar Wilma cara membela kerbau. Wilma yang tangkas bekerja sering tinggalkan Zamir bercakap seorang diri. Tetapi Zamir jatuh hati padanya dan untuk mengambil hati Wilma, dia kata yang dia boleh bercakap dengan kerbau itu dan siap hantar SMS lagi.

Sebagai anak tiri, Wilma turut melakukan semua kerja rumah. Mak Som pula cuba mematahkan semangat Wilma dan dia mahu Wilma menjual Ola dan Oli untuk membeli rumah baru. Wilma selalu meluahkan rasa hatinya pada Pak Idir yang dianggap seperti bapanya sendiri. Pak Idir banyak membantu, memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada Wilma cara menjaga kerbau dan juga kehidupan harian Wilma.

Pak Idir juga sering jadikan Wilma sebagai contoh kepada anaknya, Laili. Sementara itu, adik tirinya, Sofi, hanya tahu melaram dan berangan dapat suami kacak dan kaya lalu Sofi cuba menggoda Zamir.

Ketika YB datang melawat kandang kerbau Wilma, dia amat bangga dengan pencapaian Wilma dan berjanji untuk membantunya. Zamir pula ditugaskan untuk menyediakan segala keperluan kerbau Wilma. Dalam pada itu, Wilma hairan kenapa tiba-tiba Mak Som dan Sofi begitu baik dengannya. Rupanya YB sedang cari calon isteri baru dan Wilma pun dapat idea mengatakan YB suka usahawan wanita.

YB akan bantu dan ajar Mak Som serta Sofi cara untuk membela dan menjaga kerbau. Secara tak langsung, Mak Som dan Sofi jadi pekerja Wilma. Perkara baik diharapkan berlaku, tetapi keadaan menjadi kacau bilau satu kampung kecoh apabila kerbau Wilma merosakkan tanaman mereka yang berkeliaran kerana Mak Som dan Sofi 'curi tulang'.

Bukan itu saja, Laili yang berpura-pura baik dengan Wilma sebenarnya sakit hati dengan gadis itu dan dialah yang melepaskan kerbau dari kandang. Laili juga mencetuskan perang dingin antara Wilma dan Zamir. Untuk mengetahui apakah kesudahan kisah Wilma, Zamir, Mak Som, Sofi dan Laili serta apakah Oli akan mengandung, jangan lupa menonton drama ini nanti.

Drama Bila Kerbau Bunting Berkubang terbitan Orange Tree Production, arahan Nazir Jamaludin dan akan disiarkan pada 29 Ogos ini, jam 10 malam di Astro Ria.

Penggambaran drama itu dilakukan di Rembau, Negeri Sembilan yang mana penduduk di sana gemar membela kerbau.

Bila Kerbau Bunting Berkubang dilakonkan oleh Siti Saleha sebagai Wilma, Sharnaaz (Zamir), Amyza Aznan (Mak Som), Fiffy Natasha (Sofie), Balkish (Laili), Amran Tompel (Pak Idir), Kamal Bakar (Pak Abu) dan Fathil Dani (YB).


0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top