Tahniah! Anak Dj Lin dapat 5A UPSR
Keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) telah diumumkan semalam. Media Hiburan Online ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah buat penyampai Suria fm yang sinonim dengan rancangan 'Suria Cinta' iaitu DJ Lin kerana anak sulungnya Nureen Aressya telah berjaya memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR ini.

DJ Lin
Anak DJ Lin yang merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sentul turut memperolehi keputusan 7A penuh untuk peperiksaan UPSRA (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Agama).

"Alhamdulillah pada tahun ini dia dapat kejayaan berganda dan sebagai ibu sudah tentulah saya merasa gembira serta bangga untuk berkongsi kejayaan ini dengan semua orang," ujar Lin

Tahniah!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top