Telefilem 'Bini Aku Hantu Langsuir' yang ditayangkan di TV9 pada 18 November lalu telah mencatat sejarah bagi slot Skrin Di 9 apabila berjaya meraih sejumlah 1.6 juta penonton. Lebih istimewa, jumlah tertinggi yang diperolehi adalah sehingga 2.2 juta penonton sepanjang dua jam tayangannya.

'Bini Aku Hantu Langsuir' yang merupakan telefilem komedi seram dilakonkan oleh Tasha Shila, Shuib ‘Sepahtu’, Nur Risteena dan Hairi Safwan. Kisah bermula apabila Shuib menjadi murung dan kecewa apabila kekasih hatinya Saleha berkahwin dengan lelaki lain.

Pada masa Shuib dilanda kesedihan, timbul pula kekecohan tentang hantu langsuir di kampungnya. Shuib terpedaya dengan kata-kata orang kampung yang mengatakan jika hendak menukar hantu langsuir kepada manusia, perlu memahat paku panjang di tengkuk hantu langsuir itu! Suatu malam, Shuib tekad mencuba dan berjaya memaku tengkuk hantu itu. Keesokan harinya Shuib didatangi oleh seorang wanita cantik bernama Seri yang mahu meminta pekerjaan sebagai pembantu rumah.

Tanpa pengetahuan Shuib, Seri yang dikahwininya dan juga pembantu rumahnya adalah hantu langsuir yang telah dipakunya tempoh hari. Tapi rupa-rupanya itu semua hanyalah mainan mimpi Shuib! 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top