Katy Perry memenangi anugerah penyanyi wanita terbaik di Anugerah Muzik Eropah (AME) MTV 2013 kelmarin, mengetepikan Lady Gaga dan Miley Cyrus buat kali pertama dalam acara anugerah MTV seminggu selepas Anugerah Muzik YouTube diadakan.


Namun, Miley turut mencuri perhatian apabila menghisap ganja sebagai menyokong sikap toleransi terhadap dadah ringan yang terkenal di bandar raya yang menjadi hos majlis itu.

Miley sebelum itu dilihat bergaya di sebuah kedai kopi terkemuka di Amsterdam di mana dadah ringan disenaraikan dalam menu hidangannya.

Dengan tiga diva pop itu saling bersaing, anugerah untuk penyanyi wanita terbaik menjadi tumpuan ramai di rangkaian muzik milik Viacom dalam acara tahunan anugerah Eropah itu.

Merangkul anugerah EMA yang ketiga, penyanyi Amerika Syarikat, Katy mempersembahkan nyanyian lagunya “Unconditionally” dengan begitu dramatik, bergantungan seperti bola labuci yang bergemerlapan sembilan meter di atas set latar angkasa gergasi.

“Menjadi matlamat saya untuk memperdengarkan muzik saya kepada seramai yang mungkin,” katanya di karpet merah sebelum acara bermula.

“Jika itu terjadi, maka saya sangat gembira,” katanya dalam acara berkenaan.

Ketika Miley meraih anugerah video terbaiknya untuk lagunya “Wrecking Ball”, dia berlagak seolah-olah tidak menemui ruang untuk menyimpan anugerah berkenaan di dalam beg tangannya.

“Kamu tahu saya tidak dapat masukkan anugerah ini dalam beg tangan saya, tetapi saya jumpa benda ini,” katanya mengeluarkan ganja yang kemudian menyalakannya ketika dia turun dari pentas.

Kumpulan One Direction pula memenangi anugerah kumpulan pop terbaik, sementara Harry Styles yang terkenal dengan teman wanita selebritinya meraih anugerah gaya terbaik.

Sementara itu, Justin Bieber mengekalkan gelaran penyanyi lelaki terbaik buat kali keempat berturut-turut, manakala Beyonce dan Bruno Mars meraih anugerah untuk persembahan secara langsung terbaik dan lagu terbaik.

Di samping itu, penyanyi rap Amerika, Eminem diberikan anugerah “Ikon Global” untuk pencapaian sepanjang hayat selain lagu hip hop terbaik hanya seminggu selepas diisytiharkan sebagai artis terbaik dalam Anugerah Muzik YouTube yang diadakan oleh pesaing industri muzik yang semakin berkembang, Google. - Reuters

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top